
30 Julai 2007 – Ini ialah kali ke 3 PTS mengadakan sesi fotografi bersama Dato’ Dr. Mohd. Fadhilah Kamsah di pejabat beliau di Bandar Baru Bangi. Turut bersama menjayakan sesi kali ini ialah penulis buku 55 Petua Orang Berjaya iaitu saudara Ahmad Fadzli Yusof. Seperti lazimnya, Dato’ sentiasa memberi kerjasama yang ‘best’ untuk mendapatkan pose dan sudut yang menarik. Foto Dato’ dan Fadzli akan dimuatkan di dalam buku terbaru terbitan PTS Millennia. Saudara Hisham, photographer pada hari itu sungguh kagum melihat deretan koleksi kereta Ferrari kecil yang terdapat di bilik Dato’.
Archive for July, 2007
PTS Wangsa Melawati – Wabak DSLR atau Digital Single Len Reflex iaitu sejenis kegilaan memiliki kamera digital untuk profesional terus menular di kalangan staff PTS. Wabak yang dipercayai di bawa oleh Hisham dikesan telah menjangkiti Shaza dari HR Dept. dan Zain dari Sales. Shaza dan Zain dilihat dengan angkuhnya beraksi mengambil gambar menggunakan Nikon D40 mereka pada majlis pemilihan AJK Kelab sukan PTS beberapa bulan lalu.
Tidak cukup dengan itu, wabak itu terus mengganas dan menjangkiti pengurus PTS Professional iaitu En. Nazrul atau lebih dekat di hati dengan panggilan Abe (slang kelantan). Abe yang telah meminta pendapat Hisham semasa sedang diracun oleh cina kedai kamera telah menyambar Nikon D40x yang lebih hebat dari kamera Shaza dan Zain. Patutla Shaza dan Zain dah tak berani lagi bawak D40 diaorang ke PTS Wangsa Melawati. Haa.. baru depa tau..!
Terbaru… Qalif atau Khalif, anak bongsu pengerusi kumpulan PTS telah datang ke pejabat Wangsa Melawati dengan membawa sekotak DSLR Canon 400D, 10 Megapixel… Perghh… sekali gus mengalahkan DSLR milik Hisham, Shaza, Zain dan Abe. Hebat.. hebat… Bagaimanapun menurut Qalif, puas jugak la nak meyakinkan isteri beliau bahawa pembelian kamera ni sesuatu yang tak ternilai kebaikkannya. ‘Tak pe Khalif, aku pun macam tu jugak dulu’ kata Hisham.
Semekum… Salam… Assalammualaikum…
Setelah PTS menjangkau usia 7 tahun, barulah unit grafik cuba tampil dengan blog. (dengan kata lain, saja nak mengExpose diri). Kenapa? Sebab nak glamour, nak tunjuk hebat atau nak bangga diri? Dah rasa diri tu best? Dah kuat?
Sebenarnya semua kenyataan di atas boleh dijadikan jawapan. Ikut suka anda nak pilih jawapan yang mana. Tetapi sebagai sebuah unit yang kecil dalam kumpulan PTS, kami juga ada rasa ingin berkongsi perkembangan, kisah-kisah menarik, peristiwa penting, berita-berita terbaru, cerita-cerita best yang berlaku di persekitaran unit grafik PTS dengan sesiapa sahaja. Lagipun unit grafik baru dapat kenaikan gaji. Jadi, sebagai ketua, saja je saya nak tambah kerja diaorang jugak. Warghahahah…
Segala bahan dan kandungan dalam blog ini akan diisi oleh semua 4 orang yang berada di unit grafik sendiri iaitu Hisham, Izwan, Wanzu dan Wani. Tentang struktur ayat dan tatabahasa, jangan lah di ambil kira sangat yea… walaupun PTS merupakan penerbit buku Bahasa Melayu terhebat di Malaysia.
Semoga anda semua sentiasa memberi sokongan sehingga hujung nyawa kepada kami.
- Hisham Salmin


