Archive for August, 2007

PTS & Book Fair

Baru-baru ni team graphic di minta untuk menghasilkan design poster sempena pesta buku antarabangsa KL 2008.. Tapi aku dengar bukan PTS je.. Syarikat2 lain pun ada jugak hantar contoh.. Dengan dateline yg singkat aku come-out dengan beberapa idea.. Nak pecah jugak kepala ni.. Tp design ni masih di peringkat konsep.. Kemudian kami akan reshot kembali gambar untuk menonjolkan imej dan budaya masyarakat Malaysia.. Soo aku berharap jugak la design ini berjaya di pilih.. Tak mustahil Design PTS ini akan bertebaran dimuka bumi KL tahun depan..

pbakl2.jpg

by izwan

PTS dan DBP

16 Ogos 2007 – Syarikat Kumpulan PTS, yang diketuai oleh Tuan Haji Rashid Azad Khan selaku CEO kumpulan PTS telah  membuat lawatan sambil berkenal-kenalan ke Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Laporan seterusnya akan dikemaskini.

Ulasan Buku Terbitan PTS Islamika

Unit Grafik sedang dalam percubaan untuk mendapatkan kualiti video yang terbaik. Rakaman terbaru ialah tentang ulasan buku PTS Islamika oleh Al-Ustaz Imran Hadi Awang di pejabat PTS Wangsa Melawati.

Love is BUKU

Saksikan video terbitan Unit Grafik. Maaf kalau kualiti kurang memuaskan.

Makan sembunyi-sembunyi memang best!

Selera manusia ni berubah-ubah. Kadang-kadang nak makan nasi je… kekadang tu selera mengalahkan selera menteri. Padahal gaji cuma gaji kuli je.

Tapi.. ya lah. Sekali-sekala nak jugak rasa makanan orang ada-ada ni. Makanan mahal… Tapi makan benda mahal ni tak boleh bagitau atau ajak ramai-ramai. Kecoh… Nanti kita dapat makan sikit je. So… baik makan sembunyi-sembunyi. Bestt..

image039.jpg

PTS Graphic & Broadcast

Unit grafik PTS sedang berjinak-jinak dan mempersiapkan diri untuk bersama-sama Kumpulan PTS memasuki arena penerbitan tv dan video. Sejak dari dulu lagi unit grafik merancang dan memasang angan-angan bahawa satu hari nanti akan menghasilkan ’short movie’ sendiri. Sebelum ini banyak storyboard dalam bentuk idea yang kami keluarkan di depan meja makan restoran mamak terhasil. Tetapi atas kesedaran masa yang tidak mengizinkan, kami alpa. Tetapi kali ini… insyaAllah, atas sokongan bos PTS sendiri (yang bertindak sebagai penerbit atau tukang keluar duit), kami sangat pasti impian dan harapan kami akan terlaksana juga iaitu untuk muncul sebagai pelakon… walaupun hanya memegang watak pakcik yang cakap dialog ni… ‘cangkol pun… cangkol lahh…’

Sebenarnya banyak yang kami rancang, tapi tak boleh la nak bagitau semua kat sini dulu. Nanti tak seperais… Tapi apa yang boleh kami nyatakan, kami amat ghairah sekarang ni. “Semoga apa yang dibincangkan akan mencapai kejayaan”… dialog salesman yang nak jual buku kepada kami semasa tengah minum pada satu pagi.

Eh.. korang perasan tak, entry yang Iwan tulis mesti ada dialog ngan awek?

… hisham salmin …

Adobe CRe@tiVe SuiTe 3 Road Show

csicons.jpg

Adobe CRe@tiVe SuiTe 3 • Road Show

Hotel Nikko Kuala Lumpur

1st Aug 2007 • 2pm – 6pm

Aku meninggalkan kawasan parking dan menuju ke arah lif.. Ting!!.. pintu lif yg membawa aku ke permukaan bumi terbuka. Aku memandang sekeliling. Ramai jugak org, aku teruskan perjalanan ke aras 2 bangunan ini.

“Welcome sir, you came for adobe event?” sapa gadis india.. :)

“Yup”

“You may go to the registration counter over there.”

“So.. i got a free shirt today?” Aku cuba melawak

“Hihihi.. no sir.”

“Laa.. takde plak baju free yg cantik mcm seminar google kat pwtc masa pesta buku yg lepas.” Runggut aku di dalam hati..

Majlis sepatutnya berlangsung pd pukul 2.00pm tp sudah terlewat 20 minit.. aku menunggu bosan.. Akhirnya pintu dewan terbuka dan semua meluru masuk mencari posisi yg selesa. Majlis bermula dengan ucapan dari Adobe Marketing manager.. Beliau memperkenalkan produk terbaru CS3 dan bagaimana produk baru ni dapat memudah bakal penggunanya.. Pembentangan ini berlangsung dalam 30 min.

Kemudian disambung pula oleh Software Engineer Adobe. Beliau menunjukan cara-cara dan tool-tool tambahan yg ada dlm Illustrator dan Photoshop CS3. Part ni aku suka. Kesimpulannya, pembentangan beliau tidak begitu detail. Kerana beliau hanya bercakap 30 min shj.

Majlis disambung pula oleh seorg lg Software Engineer Adobe yg hanya akan mengupas penggunaan software terbaru On-Location (Video shot Clock). “I will tell u from Capture the moment until to output your work” kata beliau. Aku seronok jugak nak tau pasal video ni sebab, aku dan kawan-kawan ada rancangan nak buat short movie tak lama lagi. Melihat software terbaru ini aku menjadi kagum kerana ianya banyak membantu mereka-mereka yg bukan pro dalam bidang ni. Walau bagaimana pun software On location ini hanya ada dalam pakej production premium dan master colection.. Soo dlm pakej design kitaorg ni tal ade la software ni.. Mmm.. frust… Majlis selesai hampir pukul 6.00p.m.

Aku agak seronok petang tu, dapat belajar dan dpt la paperbeg free yg cantik.. chow..

Izwan

CS3

Alhamdulillah hari ni kitorang dapat dua bundle software baru – adobe creative suite 3 (cs3) design standard.

TQ Boss!

dsc_7489.jpg

Baru je install. Dari segi workspace dan environment adalah beza sikit-sikit daripada yang cs2. Kena study dan explore lagi sofwer baru ni. (Yang CS2 dulu pun x abih explore lagi)

Selamat mengexplore kpd aku.

BMW Shorties Tayangan filem pendek di UIAM

screnn1.jpg

malissa.jpg

Hari jumaat 27 julai yg lalu aku telah menghadirkan diri bersama teman untuk menonton tayangan perdana filim-filem pendek arahan pengarah-pengarah freelance atau dalam bahasa yang lebih mudah underground director yg ditaja oleh BMW (m) Sdn. Bhd. Sebanyak 10 filem akan ditayangkan. Pukul 7 malam aku sudah berada diperkarangan dewan auditorium. Aku melihat sekeliling dan terus menuju ke arah kaunter yg menempatkan empat lima orang gadis-gadis muda yg memerhatikan aku. Mungkin mereka tertanya-tanya siapakah aku. Sesampai aku disitu salah seorang dari mereka bertanya.

“Abang datang nak tengok wayang ke?”

“A’ah.. nak tengok wayang, masuk free je kan?” ujar aku kembali.

“Ye, free je.. tapi wayang start pukul 8.”

“Takpe la saya nak masuk dulu, nak rehat”

“ok,”balas gadis itu sambil menguntumkan tersenyuman yang manis.

Kemudian aku ternampak 2 buah meja yang menempatkan popcorn dan air coke cola.. lantas aku tanpa segan terus menuju kearah meja tersebut dan mengambil 2 bungkus popcorn dan 2 cawan coke.. aku dah tau benda-benda ni semua free.. Matjan dah cite semalam..

Gadis tadi terus membawa aku masuk dan membenarkan aku duduk dimana-mana yg aku suka. aku memilih ruang tengah yg paling selesa untuk menonton. Hampir pukul 8 malam. auditorium hampir penuh, saat yg aku nantikan berlaku. Screen putih mula bergerak. Filem pendek arahan Malissa Saila pun ditayangkan yg bertajuk “kongsi dalam gelap”. Filem ni agak menarik, seterusnya filem dalam bahasa mandarin yg bertajuk alone.. Yang ketiga filem tamil yg bertajuk singgam.. Aku memerhatikan sekeliling, wow dewan ni dah penuh.. tiba-tiba telinga aku ditarik.. Cis Mat Jan rupanya.. aku memerhatikan MatJan melangkah kearah barisan hadapan. Dia bersama Cikgu(awek matjan) dan seorg lelaki. Aku agak itu la Tok Rimau, Kawan Blog Matjan dan juga pengarah filem Kiri.

Selepas tamat filem singgam ditayangkan. aku terpaksa meninggalkan auditorium kerana kesiankan teman aku, dia rabun dan terlupa untuk membawa kaca mata, soo malam itu aku menjadi penterjemah untuk filem bahasa cina dan tamil kepadanya kerana dia tak nampak subtitle dibawah. Aku hanya sempat tengok 3 filem je.

Kesimpulannya pada malam itu cukup menaikan semanggat aku untuk bersama-sama dengan kawan-kawan unit graphic untuk menerbitkan sebuah filem pendek. Masuk pertandingan macam ni kalau menang RM50.000 ribu beb.. banyak tu.. jadi harap-harap ptsgraphic dapat memiliki sebuah Digital Video tak lama lagi.. tak sabar nak buat filem.. :) Sham, Wanzu rugi hangpa tak ikut!! hahaha.. Chow!!!!

Izwan   >:D<

Gambar copyright dari aliman.wordpress.com