Archive for September, 2007

Rumah Kebajikan EHSAN ASH-SHAKUR (PEKEAS)

Salam Ramadan.

Ahad – 30 September 2007.

Sedekah dan bayaran zakat dari semua kawan-kawan PTS telah selamat sampai ke tangan mereka yang berhak. Syukur ke hadratNya kerana saya berpeluang melihat sendiri kegembiraan kanak-kanak Rumah Kebajikan Ehsan Ash-Ahakur (PEKEAS) Bandar Tasik Putri, Rawang ini. Untuk pengetahun, kutipan wang tunai yang kami (Lanun Bikerz) dapat kumpulkan ialah sebanyak RM6583.00 tidak termasuk barangan seperti kain, hamper, beras dan buku. Semua sumbangan itu selain datang dari kita iaitu rakan PTS, juga dari individu dan ahli-ahli Lanun Bikerz sendiri. Sedih, terharu dan seronok bila dapat menyaksikan telatah anak-anak kita ini dapat bersama abang-abang Lanun Bikerz mengelilingi Bandar Tasik Putri dengan motosikal berkuasa tinggi. www.lanunbikerz.com

Terima Kasih juga kepada kumpulan nasyid Syifa’, yang bernaung di bawah Hijjaz kerana membuat persembahan secara percuma kepada semua. Anggota Syifa’ juga adalah ahli Lanun Bikerz.

Semoga kita semua sentiasa bersedekah untuk mereka yang memerlukan. Lebih-lebih lagi PEKEAS yang kurang mendapat sumbangan kerana alasan terletak jauh dari Kuala Lumpur. Tuan-puan boleh membuat sumbangan menerusi akaun Maybank 512400003033.

-Hisham Salmin

.dsc_9086.JPGdsc_9089.JPGdsc_9102.JPGdsc_9256.JPGdsc_9112.JPGdsc_9193.JPGdsc_9195.JPGdsc_9239.JPGdsc_9251.JPGdsc_9269.JPGdsc_9285.JPGdsc_9293.JPG

Selera Kunang-Kunang

Assalammualaikum…

Haha.. lama dah tak update blog grafik ni. Alasan biasa… tim grafik sibuk memanjang. Apa khabar korang semua? Macamana puasa? Dah berapa hari korang tinggal puasa? Atau… baru berapa hari korang berpuasa?

Tak ada apa nak bagitau sangat. Cuma nak kongsi dengan semua tempat berbuka yang baru kami pegi. Rasanya ramai dah tau. Lebih-lebih lagi yang tinggal kat area Gombak-Melawati. Restoran Kunang-Kunang. Itu kot nama penuh dia. Makanan? Ok. Biasala… Nasi Goreng dalam RM8-RM10. Tempat… kelas jugak. Stail taman. Romantik. Kalau bawak bini atau awek… pergh… caree. Cumanya dalam bulan puasa ni kalau pegi situ cabaran puasa korang (yang lelaki) agak kuat sikit. Awek-awek yang datang bukak puasa kat situ dressing… tak hengatt… Apa la diaorang ni… Kekadang betul jugak aku rasa yang cabaran lelaki sekarang ni lebih dahsyat dari lelaki zaman nabi-nabi dulu. Hari tu kami pergi dengan geng editor PTS. (geng kitaorang jugak) Mat Jan, Ustaz Imran, Pak Ya (dear yaya), Iwan dan Hisham. Wanzu tak pegi. Biasala… komitmen dia agak meninggi sekarang ni. Nak dapat orang baru.

Ok lah. Pada sesapa yang nak try Kunang-Kunang… ia terletak berdekatan dengan simpang nak masuk Tol Gombak. Dari Taman Melati masuk ke Shell/Projet sebelum ke Gombak atau tol Gombak. www.kunangkunang.com.my

Selepas jam 9 malam ada persembahan nyanyian dari kumpulan yang terdiri dari otai-otai. Diaorag main lagu-lagu keroncong, zapin, melayu asli dan joget. Gempak gak brother-brother ni. Penyanyi diaorang perempuan. Suara merdu… Hanya dengan satu keyboard, satu gitar bass dan drum kit + gendang boleh main macam-macam lagu. Tapi paling aku layan sekali ialah lagu keroncong.. Kasih dari Hetty Koes Endang. ” kasih… dengarkanlah hati ku berkata, aku cinta kepada diri mu sayang… ” Layan….

kunang.jpg

Isu Talent Luar (Ilustrator dan Designer)

Salam,

Memang tidak boleh dinafikan yang ‘mentaliti’ atau juga ‘prinsip’ yang selalu menjadi perkara utama apabila seseorang artis berkarya. Soal feel, mood, perasaan, pengalaman dan pengamatan… selalunya menjadi penyumbang atau proses sesebuah karya terlahir. Artis, selain kreatif… tentunya kenalah berfikiran terbuka. Kalau cakap tentang cover buku, designer kenalah selalu membuat rujukan dan mengikuti perkembangan. Jangan ego, jangan bekerja terlalu ikut mood. Dah tak boleh pakai dah alasan buat design cover tak de feel… Kalau tak de idea, sekarang ni terlalu banyak bahan rujukan. Internet dan kedai buku sebagai contoh yang boleh jadi pencetus idea. Masalahnya diri sendiri… tak nak terima dan buat perubahan. Macam la design dia tu best sangat…. Lebih teruk lagi, ada designer yang tak tau berapa RAM atau memori komputer yang dia guna bertahun-tahun. Teruk betol.

Tapi kekadang tu bukan masalah designer atau artist jugak. Kena tengok masalah orang atasan. Saya selalu borak2 dengan kekawan yang seangkatan. (syarikat lain… bukan PTS) Ada setengah-setengah bos tak nak keluar dari kepompong. Designer ni dah keluarkan idea yg pelbagai untuk design yang menarik. Tapi si bos pulak tak nak. Masih nak guna idea dia yang tahun 60an tu. Kalau lawa tak pe.. Ni, burok. Abis… kalau dia kata dia boleh jual buku tu… kita nak kata apa.

Satu hal lagi yang saya nampak, ialah tentang harga atau bayaran kepada artis atau designer. Memanglah market kita kecik dan kos penerbit tak besar.  Jadi dah tentu bayaran kepada sesebuah karya tak boleh tinggi sedangkan ada sesetengah karya tu memang baik dan berkualiti. Artist atau designer terpaksa faham dan terima nilai karya mereka setakat tu je. Penat beb buat kerja2 seni ni, tapi bayaran tak setimpal. Jadi janganlah hairan kalau diaorang ni lompat-lompat kerja sana sini. Dan ramai jugak yang buat kerja untuk penerbit antarabangsa. Biasalah… akhirnya duit jugak yang jadi matlamat.

Benda macam ni dulu pernah jadi dalam bidang fotografi kahwin kat Malaysia ni. Fotographer nak job dan terpaksa main harga untuk dapat projek. Pengantin pulak dah tentu nak cari fotographer murah. Asyik turun harga je… tak payah tanya la apa jadi. Persatuan fotographer terpaksa letak harga pakai roll. Satu roll filem tak boleh kurang dari rm120.(contoh) Tapi kalau ada fotographer letak lagi murah… sapa yang tau. Bukannya persatuan boleh saman. Nasib baik dah pakai digital sekarang. Kamera SLR pun dah murah. Bidang ni dah boleh berkembang. Makin ramai fotographer berbakat. Bila dah berbakat dan ada kualiti… pengantin pun tak kisah bayar lebih sikit. Mesti la… sewa baju mahal-mahal, mesti la nak kena amik gambar cantik-cantik. Pengantin lelaki tak kisah… janji kawin.

Pada pendapat saya, menggunakan talent design import ada baik-buruknya. Macam kalau kita tengok tv… kalau semua iklan kat tv guna iklan mat saleh cakap melayu… habis ajensi pengiklanan kat malaysia ni. Dari ajensi sampai talent.. semua bungkus. Dan sudah tentu jugak bidang apa pun tak boleh berkembang kat Malaysia ni. Kalau kita lihat anak orang berpekerti baik… suruhlah anak kita ikut sifatnya. Tengok bagaimana ibubapanya mengajar dan mendidik. Kalau kita ambik jadi anak angkat, mungkin anak kita akan berkecil hati atau merajuk. Lain la kalau akan kita tu memang degil…

Kerajaan ni pun sekarang dah ok jugak pasal hal-hal macam ni. Pasal bajet yang diperuntukkan untuk filem animasi baru-baru ni. Besar jugak. Tak lama lagi banyak la animasi macam GENG dan Budak Lapok. Jadi… animator yang kerja kat luar negara tu boleh la balik kampung. Tolong bangsa sendiri pulak. Hmmm.. last-last, memang support kerajaan jugak yang diperlukan.

Terakhir, nak jadi pengkomik kena pegi International. Nak jadi designer buku mungkin bukan pilihan utama sebab market dia masih kecil. Betullah matlamat PTS nak membesar dan membanyakkan buku sehingga ke peringkat petala langit. Mudah-mudahan ramai designer dan artist tempatan akan mendapat peluang dan tuah daripadanya.

Aiseh… terpanjang pulak. Terima Kasih. Chow…

Hisham Salmin

iklan buku bisnes restoran

Ini adalah iklan pertama yg aku cuba hasilkan.. soo paham-paham la kalau yg pertama tu mcm mana.. :)   aku akan hasilkan lagi iklan-iklan baru untuk membantu mempromosikan Buku-buku PTS melalui bidang ini.. Untuk permulaan ini aku cuba memanipulasi org-org dan persekitaran yg hampir dgn aku sebabnya aku berkerja sendirian.. ok la.. chow
Izwan

Kad Raya 2007

kad-new-cov.jpgkad-new.jpg

Setelah berhempas pulas semasa sesi bergambar.. maka siaplah design kad raya untuk pts tahun ni… Aku harap semua org akan happy.. salam ramadan dr aku dan graphic dept.. Puasa dah ganti ke? Puasa tau jgn tak puasa..

izwan..

Kasut Adidas hitam

adidasad.jpg

Kasut adidas warna hitam clasic.. hmm… selesanya dipakai.. diperbuat 80% dari kulit.. baru beli april yg lepas.. aku pernah berlagak dihadapan kawan2 dengan membakarnya dengan lighter.. hebat betul kulit tu tak terbakar langsung.. memang kulit original.. aku selasa memakainya ke pejabat mahu pun kemana-mana.. dating.. ke kelas mahu pun ke kedai.. di beli di sungei wang plaza dengan harga yg agak mahal.. tetapi berpatutan dengan kualiti dan rupanya..

Semalam.. Aku melangkah dengan penuh keyakinan dalam pukul 4.30 pm menuju ke stationery untuk membeli pen drive.. kembali ke pejabat 30 min kemudian dan aku meningalkannya dia luar di tempat biasa aku tinggalkan.. Hati aku tak berapa sedap petang itu nak meninggalkannya sendirian..

15 min kemudian aku dapati dia telah pun dilarikan orang.. Arrgghhh!!!! WHAT THE F… Maki aku didlm hati… Aku sumpah sape yg curi kasut aku dia tak kan kahwin sampai bila2.. padan muka ko … #&%*$@.. Amin..

“Cilako betul pencuri tu” Ujar wanzu berang tiba-tiba

“Apa? Kena curi?” Habaq matjan sambil membulatkan mata terkejut.

“Kenapa boot aku dia tak ambik” Kata sham.. Kasut ko buruk sebab tu dia tak nak..  :)

Aku harap kawan yg lain berhati-hati lah.. Kampung kita dah tak aman lagi.. Aku dah beli kasut baru.. hah.. ko curi la lagi kalau berani.. Pencuri hampeh!!!

yg sakit hati.

izwan

Sesi Fotografi PTS lebih meriah dari Hari Raya.

Sesi fotografi Raya yang telah diadakan di dua lokasi pejabat PTS sungguh meriah. Lebih meriah dari Hari Raya. Diaorang ni bukan apa… bukan selalu dapat posing depan kamera. Bila dah diberi peluang, ambik kau… macam-macam pose yang tah apa-apa semua keluar. Ada yang malu-malu siput, ada yang dah macam pro, dan tak ketinggalan yang lebih keras dari tunggul kayu pun ada. Walau apa pun, unit grafik mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi kerjasama dan sporting.photo-raya.jpg