Archive for May, 2008

Yang Mana Satu – KEPUTUSAN

Unit Grafik PTS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memilih serta memberi komen dan cadangan yang baik dan tulus mengenai contoh konsep kulit Novel PTS. Walaupun pilihan-pilihan ini datangnya dari sebilangan kecil kita yang mungkin sudah biasa dengan buku, tetapi rasanya memadai untuk dijadikan panduan kepada kami sebagai permulaan. Berikut ialah keputusan pilihan. Terima Kasih.

Kulit Novel 1 [4]
Kulit Novel 2 [2]
Kulit Novel 3 [12]
Kulit Novel 4 [8]
Kulit Novel 5 [5]
Kulit Novel 6 [5]
Kulit Novel 7 [4]
Kulit Novel 8 [5]

Suka Semua [1]
Tidak Suka Semua [1]

Yang Mana Satu

Salam Semua,

Semoga anda semua sedang berseronok-seronok melakukan tugas seharian.

Unit Grafik sedang membuat sedikit kajian mengenai konsep kulit buku novel PTS. Berikut ialah 8 contoh design kulit buku Novel yang menggunakan imej wanita bertudung yang dibuat oleh beberapa designer termasuk designer luar. Walaupun ada yang tidak suka imej manusia pada novel, tetapi mungkin salah satu dari 8 berikut menarik minat kita.

Boleh pilih satu, dua atau suka semua atau tidak suka semua. Sebagai contoh ‘Saya pilih 1, 2 dan 6′ Dan berikan sedikit komen dan pandangan………

Sebagai panduan, konsep kulit novel-novel ini mengandungi:
• Karaktor utama
• Karaktor utama dan kedua
• Semua karaktor penting dan latarbelakang tempat
• Tak ada kena-mengena. Hanya hiasan sahaja

Kami juga berharap agar dapat difowardkan kepada rakan-rakan kita di luar sana terutama yang minat dan selalu membeli novel.

Terima Kasih.

Sahabat Lama

Saya teringat perbualan saya melalui telefon dengan seorang sahabat lama semasa sekolah menengah di Johor Bahru dulu. Beliau sekarang ialah seorang guru mata pelajaran sains dan matematik di Kuala Terengganu. Memang sesuai, kerana sahabat saya ini memang hebat dalam 2 matapelajaran itu sejak dari dalam kandungan ibunya lagi.

Perbualan kami sering kepada zaman kegemilangan persekolahan kami dulu. Dia sangat seronok mendengar saya bercerita tentang kerjaya saya sekarang. Semasa di sekolah dulu dia mesti menjadi salah seorang yang berkumpul di meja saya apabila saya melukis. Memerhati setiap stroke yang saya carik pada kertas. Kadang-kadang walaupun lukisan itu bagi saya sangat buruk, tetapi tidak pada dia. “Fuhh… cantik gila. Bagi aku lukisan ni.” Saya pernah memberi dia sebuah lukisan yang telah siap dibingkai. Lukisan sebuah chalet dengan pokok bunga di hadapan anjungnya. Tapi saya belum rasa nak tanya dia tentang lukisan tu.

“Aku dah jarang melukis sekarang ni. Kerja aku lebih kepada grafik dan photo aje. Kalau nak tengok photo, boleh masuk website aku.” Saya cuba mempromote diri.

“Engkau main gitar lagi tak? Dulu pun kau suka main gitar.” Ingat betul dia pada cerita-cerita lama kami. Dia sangat teruja bila saya mengatakan saya masih lagi suka dengan gitar. Cuma tahap permainan gitar saya masih sama macam masa sekolah dulu. Sekadar mengisi masa dan menggantikan rokok sewaktu fikiran saya rungsing atau sewaktu kekurangan idea atau sewaktu tertekan dengan kerja.

“Waahhh… kehidupan kau penuh dengan art la.” Bangga juga bila kawan-kawan lama hargai apa yang saya buat sekarang. Lebih-lebih lagi dialog yang ini. “Bagus apa yang engkau buat sekarang ni. Buat buku untuk orang melayu dan anak-anak melayu. Walaupun hanya design kulit buku, hasil kerja engkaulah yang orang lihat dulu sebelum isi buku tu.”

Moral: Jangan hisap rokok.

Oleh: Hisham Salmin

Coretan Perlawanan Futsal

Minggu lepas pasukan graverpool tewas mengejut ditangan pasukan warehouse 5-8,

“Kekalahan itu memang sudah dijangka kerana itu adalah sebahagian dari taktik pasukan graverpool. Menurut Sir Hisham Percusion lagi minggu ni beliau telah pun menurunkan pemain-pemain utama dan hasilnya berjaya membelasah pasukan sales united 10-9. “Haibat” kata beliau sambil ketawa mengejek azhari, iaitu kapten pasukan sales.

“Minggu ini saya dah cuba buat yang sebaik mungkin dan saya yakin minggu depan pasukan editorial wigan pasti akan tewas ditangan kami.” Kata mat Jan @ MJ. “Saya tak ada kena-mengena dengan K. Rajagopal (jurulatih pasukan negara) walaupun ada iras sikit-sikit.” Tambah beliau lagi.

Dengan kehadiran pemain-pemain import pasukan graverpool pasti akan menjuarai pertandingan kali ini. “minggu lepas beberapa kelab liga perdana inggeris ada sms saya, mereka menawarkan untuk membeli semua pemain utama seperti iwan gerard, Rambaidhino, Zaidi terry, Baha tores & MJkalele, kalau saya jual semua siapa pula nak main untuk tim saya.” Tambah Sir Hisham Percusion lagi.

Pasukan Graverpool FC

Manager : Sir Hisham Percusion

Rambaidhino (GK)

iwan gerard

Zaidi terry

Baha tores

MJkalele @ Mat Jan