Archive for June, 2008

Kau Yang Bernama Seri

Pagi tadi seperti biasa, atau kebiasaan orang-orang KL, kami ‘minum’ dahulu sebelum memulakan tugas. Secara kebetulan memang hanya kami berempat (unit grafik) sahaja yang berada dalam acara menarik setiap pagi waktu sebelum kerja itu. Kami ambil kesempatan itu untuk berbincang tentang hal-hal kerja kami. Dari hal-hal mencari idea-idea baru hinggalah kepada perbualan tentang tanah dan masalah perebutan tanah pusaka di antara keluarga. Tetapi maaf, bukan kisah itu yang hendak diceritakan di sini.

Sedang kami berbincang, Hisham terperasaan seorang lelaki yang dianggarkan berumur 20an sedang berkelakuan luar biasa di sisi satu meja yang terletak tidak jauh. Lelaki itu seperti sedang berbual-bual melalui telefon bimbitnya dengan tangan kanannya sekali sekala di angkat ke atas menggayakan perbualan. Yang luar biasanya ialah telefon bimbit tidak diletakkan di telinga sebaliknya hanya di bahagian leher. “Mamat tu macam tak betul je..” Hisham memberitahu semua yang berada di situ. “Mana?”  “Tu..”  “Dressing macam orang normal je..” Kata Iwan sambil melumatkan telur 3/4 suku masaknya yang telah dicampur kicap cair.

Bai yang dari tadi sedang asyik bercerita tentang guru sekolah lamanya yang sangat suka bergusti itu berpaling mencari lelaki yang dimaksudkan. Sedang Zaidi pula tidak menghiraukan apa-apa kerana sedang asyik menghirup teh aisnya. “Budak-budak ni memang tak dengar nasihat betul. Orang dah kata jangan minum ais, dia minum jugak. Ais tu racun la..” Hisham bermonolog.

Kami cuba lupakan lelaki itu buat seketika sehinggalah lelaki itu berjalan melintasi kami dan masih dengan gaya yang tadi. Lelaki itu sebenarnya bukan berbual ditelefon. Dia sedang menyanyi. Dia menyanyi lagu Kau Yang Bernama Seri. Lagu dari kumpulan Handy Black. Lagu itu memang sedap tetapi lelaki tadi menyanyikannya dengan ‘picing’ yang sangat rendah sekali. Kini segalanya sudah terjawab. Kenapa dia jadi begitu. Kami berempat bersetuju yang lelaki itu sebenarnya telah mengalami tekanan perasaan yang amat sangat dek ditinggalkan aweknya. Aweknya yang ada kena mengena dengan lagu itu. Mungkin gadis itu bernama Seri atau Sri atau juga lagu itu menjadi agu tema percintaan mereka.

“Kesian dia…” Tiba-tiba Iwan bersuara dengan nada yang pedih sambil memandang jauh ke arah daun-daun yang gugur menimpa sebuah kereta Naza Suria bernombor pendaftaran JKD_ _ _ _ seolah-olah dia dapat merasakan penderitaan lelaki tadi. Hisham memegang bahu Iwan sambil berkata “Yang sudah tu sudah la Iwan. Benda dah lama berlaku, tak usah la dikenang. Mereka semua terdiam sehinggalah syrupp…! syrupp…! syrupp…! Krup..! Krup..! Zaidi yang sudah membuang straw minumannya menghirup terus teh aisnya lalu mengunyah ketulan-ketulan ais yang belum cair.

Contoh kulit novel Impiana Baru mendapat pelbagai riaksi

Ini ialah 3 contoh kulit novel baru Impiana yang akan di ulang cetak. Mendapat pelbagai pandangan dari peminat-peminat Ain Maisarah (penulis novel tersebut). Contoh nombor 2 menjadi pilihan peminatnya. Klik pada link untuk ke rumah pink. “Mmm… kenapa perempuan suka warna pink? Warna biru pun cantik apa…” Kata Rambai sambil berpusing-pusing mengayakan bajunya yang berwarna hijau daun pisang.

http://www.ainmaisarah.blogspot.com/

PEMBERITAHUAN: Bukan Hisham yang design…

Kulit Novel Hanya Tuhan Yang Tahu telah didesign oleh Saudara Windu (designer dari Indon) tetapi unit grafik terlupa hendak menukar nama tukang rekabentuk kulitnya pada bahagian belakang di bawah nombor ISBN. Maaf atas kesilapan. Hisham hanya bertindak sebagai tukang ambil gambar untuk model (Kak Cik – editor PTS Millennia) pada kulit depan.

Band PTSGraphic buat Show

Cakap banyak tak guna. Kalau tak ada apa-apa halangan, kami akan membuat mini persembahan bersama-sama Geng Sindiket SOL-JAH di Malam Baca Naskhah Sindiket SOL-JAH bersama Kawan-Kawan Yang Kita Suka. Bertempat di Rumah Pena, Sabtu 8.30 malam (5 JULAI 2008). Kami akan muncul dengan nama Kugiran CMYK. Datanglah kalau anda rasa bermain dan mendengar muzik itu bukan satu dosa.

http://www.dunia-vovin.com/2008/maskara-9.htm

Foto Wanita Cantik Bertudung

Tidak boleh disangkal bahawa kecantikkan imej wanita pada kulit novel menjadi faktor kepada kecantikan seluruh novel tersebut. Tetapi mendapatkan photo wanita cantik bertudung adalah antara cabaran terbesar Unit Grafik buat masa ini dalam menghasilkan kulit novel Islami. Ini adalah kerana photo sebegitu boleh didapati hanya dengan mengadakan sesi fotografi bersama model bertudung. Tetapi bukan setakat itu. Kecantikan model juga sangat memainkan peranan. PTS pernah menerima sample kulit novel yang menggunakan imej wanita Indonesia yang di ambil dari majalah mereka. Cukup cantik. Tapi bila ditukar kepada model biasa, keseluruhan kulit novel itu terus berubah. Jadi sedikit hambar. Di Malaysia, wajah-wajah wanita secantik Fasha Sandra atau Erra Fazira hanya boleh didapati dalam dunia hiburan atau agensi model dengan bayaran yang kita tak akan sanggup keluarkan hanya untuk pada sebuah novel. Lagipun, mungkin kita akan dituduh yang bukan-bukan pula.

Lain pula di Indonesia. Seorang designer dari sana pernah menyatakan bahawa mengambil imej dari mana-mana sumber dan memanipulasinya untuk dijadikan hiasan kulit buku adalah perkara lumrah mereka. Memang logik. Cuba bayangkan seorang freelance designer yang dibayar RM200-RM300 untuk satu kulit buku terpaksa mengupah model untuk imej kulit bukunya. Berapa pula bayaran yang dia mesti bayar kepada model itu dan berapa pula yang tinggal untuk dia sendiri dengan kerja-kerja tambahan fotografi. Dan bayangkanlah sebuah novel Islami dengan wajah imej wanita yang ‘dicuri’ ada pada kulit depannya. Sebab itulah selama ini Unit Grafik tidak menggunakan imej wajah wanita dalam kulit buku.

Satu lagi yang menarik di Indonesia ialah wanita cantik baka-baka artis yang disebutkan di atas sangat ramai. Lihatlah saja dalam drama-drama mereka. Kadang-kala semua pelakon wanita dalam sebuah drama mereka cantik bukan main-main. Mungkin PTS kena hantar Unit Grafik ke Indonesia demi mencari wajah wanita cantik bertudung untuk koleksi stockphoto PTS.

Atau sesiapa yang berminat dan merasa mereka sangat cantik dan sesuai untuk menjadi penghias kulit novel Islami PTS, bolehlah hubungi Unit Grafik PTS sendiri untuk sesi fotografi.


Video ketika sesi fotografi bersama model Reen dan Zuraidah di studio Grafik PTS.

Unit Grafik sertai Bengkel Hak Cipta oleh Puan Nisah Haron

“Imej yang baharu yang dimanipulasi menggunakan kaedah-kaedah tertentu dalam software sehingga imej baharu itu tidak lagi menyerupai imej yang asal masih lagi melanggar hak cipta. Analogi – Pisang yang telah jadi goreng pisang. Pisang itu ialah pisang curi. Tidak menjadikan pisang goreng itu halal dimakan.”

Itulah antara perkara penting yang dibentangkan oleh Puan Nisah Haron dalam bengkel Hak Cipta yang turut disertai oleh semua staff PTS. Bengkel yang berlangsung pada 19 Jun 2008 (semalam) banyak memberi pendedahan kepada unit Grafik tentang betapa bahayanya menggunakan gambar haram dalam penghasilan kulit buku.

“Agak sukar untuk mendapatkan imej yang cantik kalau kita tidak melakukan manipulasi seperti yang dilakukan oleh banyak designer luar, tapi itu tidak membantutkan kreativiti dan kesungguhan kami dalam menghasilkan yang terbaik. Tiru dan hasilkan sendiri gambar lebih baik dari kami curi gambar orang lain. Walaupun mungkin design kami tak dikatakan sehebat orang lain, tapi keseluruhan kulit buku kami adalah halal.” Kata Zaidi dengan bersungguh-sungguh.

Novel Sejarah Islam Versi Wanita

Novel-novel Sejarah Islam akan dipakejkan khusus untuk pembeli wanita. Buat masa ini Unit Grafik belum ada photo yang sesuai, jadi kami menggunakan ilustrasi yang sedia ada pada kulit buku asal. Apa pendapat anda tentang kulit novel pakej baru ini?


Sejarah Islam pakej Wanita


Pakej yang sedia ada.

Graverpool Ke FINAL

Perlawanan diantara musuh tradisi graverpool iaitu Editorial United berkesudahan dengan garverpool menang besar 14-7. Seawal minit pertama Editorial United seolah-oleh tergamam dengan corak permainan graverpool yang pantas dan haibat.

“hangpa mamang terer” Akui wanzu sambil tercunggap-cunggap menahan sedih.

“Kemenangan ini sudah dijangka, strategi kita malam ni dengan menurunkan MJ disaat-saat akhir amat tepat sekali” itulah komen dari Rambaidinho iaitu penjaga gol graverpool.

Oleh itu pada perlawanan akhir pada Jumaat ini Graverpool sekali lagi akan bertemu dengan pasukan utama iaitu pasukan warehouse… Tiket perlawanan sudah pun habis dijual. Jadi jangan lupa saksikan pemain-pemain haibat ini beraksi pada malam itu. Kepada pasukan Editorial dan Sales United, korang semua dapat digambarkan sebagai:

“Lauk-Pauk.. hahaha”.. Kata Zaidi sambil ketawa.

<End>

Video Trip To Pantai Timur

Apa khabar semua, Alhamdullilah kami semua selamat pulang dan berkerja semula setelah menjelajah di Kelantan dan Terengganu yang indah. Semasa di sana kami sempat merakamkan gelagat dan teletah kami, jadi saya dengan ini mempersembahkan “Video Trip To Pantai Timur”

ENJOY…

Akan Terbit

Contoh Kulit novel Sci-Fi terbitan PTS Fortuna yang akan muncul tidak lama lagi. Untuk maklumat lanjut sila hubungi editornya Encik Syafizan aka Mat Jan atau layari http://noveljantan.blogspot.com Dapatkan novel ini kalau anda benar-benar Jantan.

Next Page »