Foto Wanita Cantik Bertudung

Tidak boleh disangkal bahawa kecantikkan imej wanita pada kulit novel menjadi faktor kepada kecantikan seluruh novel tersebut. Tetapi mendapatkan photo wanita cantik bertudung adalah antara cabaran terbesar Unit Grafik buat masa ini dalam menghasilkan kulit novel Islami. Ini adalah kerana photo sebegitu boleh didapati hanya dengan mengadakan sesi fotografi bersama model bertudung. Tetapi bukan setakat itu. Kecantikan model juga sangat memainkan peranan. PTS pernah menerima sample kulit novel yang menggunakan imej wanita Indonesia yang di ambil dari majalah mereka. Cukup cantik. Tapi bila ditukar kepada model biasa, keseluruhan kulit novel itu terus berubah. Jadi sedikit hambar. Di Malaysia, wajah-wajah wanita secantik Fasha Sandra atau Erra Fazira hanya boleh didapati dalam dunia hiburan atau agensi model dengan bayaran yang kita tak akan sanggup keluarkan hanya untuk pada sebuah novel. Lagipun, mungkin kita akan dituduh yang bukan-bukan pula.

Lain pula di Indonesia. Seorang designer dari sana pernah menyatakan bahawa mengambil imej dari mana-mana sumber dan memanipulasinya untuk dijadikan hiasan kulit buku adalah perkara lumrah mereka. Memang logik. Cuba bayangkan seorang freelance designer yang dibayar RM200-RM300 untuk satu kulit buku terpaksa mengupah model untuk imej kulit bukunya. Berapa pula bayaran yang dia mesti bayar kepada model itu dan berapa pula yang tinggal untuk dia sendiri dengan kerja-kerja tambahan fotografi. Dan bayangkanlah sebuah novel Islami dengan wajah imej wanita yang ‘dicuri’ ada pada kulit depannya. Sebab itulah selama ini Unit Grafik tidak menggunakan imej wajah wanita dalam kulit buku.

Satu lagi yang menarik di Indonesia ialah wanita cantik baka-baka artis yang disebutkan di atas sangat ramai. Lihatlah saja dalam drama-drama mereka. Kadang-kala semua pelakon wanita dalam sebuah drama mereka cantik bukan main-main. Mungkin PTS kena hantar Unit Grafik ke Indonesia demi mencari wajah wanita cantik bertudung untuk koleksi stockphoto PTS.

Atau sesiapa yang berminat dan merasa mereka sangat cantik dan sesuai untuk menjadi penghias kulit novel Islami PTS, bolehlah hubungi Unit Grafik PTS sendiri untuk sesi fotografi.


Video ketika sesi fotografi bersama model Reen dan Zuraidah di studio Grafik PTS.

20 Responses to “Foto Wanita Cantik Bertudung”


  1. 1 asya_sodalycious September 15, 2008 at 3:35 am

    askum,..
    mcamana yer kalau sy bminat nak jadi penghias kulit novel islami PTS tu. sy ni fresh graduate,ingatkn nk cari pengalaman masa tengah duduk2 je drumah ni sbelum kerje.

    bye, askum

  2. 5 sara December 9, 2008 at 3:16 am

    assalamualaikum..

    saya interested utk jadi model bertudung pghias kulit novel or etc..
    saya wanita berkerjaya sebagai setiausaha n x kisah dgn berapa pun bayaran asalkan ianya boleh dijadikan partime work saya utk mengisi masa lapang n menambah pendapatan.

    sila hubungi saya melalui emel jika memerlukan.

    terima kasih, sara.

  3. 6 SAFURA March 7, 2009 at 3:22 pm

    Assalammualaikum,

    Saya sharifah noor safura bt idrus teringin nak jadi modeling di tempat anda..

    TQ

  4. 7 Nurul Mohd March 8, 2009 at 5:23 pm

    Assalamualaikum..

    Saya sedang mencari peluang untuk mejadi model bertudung secara sambilan.Sudilah emel saya untuk info lanjut. Terima Kasih..

  5. 9 Madihah March 20, 2009 at 1:57 am

    a’kum..

    to all team graphic studio..
    sy berminat tuk mjdi sbhgn model yg ada sblm ini..
    kiranya anda memerlukan..sy sedia tuk bekerjasama..

    sekian,t.kasih
    wassalam..
    Madihah Abdul Majid

  6. 11 hana March 24, 2009 at 9:06 am

    salam..
    saya hana n im 20 years old..im really interested 2 be a model for your agencies…erm i do not care about the payment..n very excited to do the photo shoot. im studying in secretary course.please contact me.tq

  7. 12 miza April 17, 2009 at 8:22 pm

    Assalammulaikum,
    sya miza b’minat dgan twaran sbgai cover gurl kat novel.
    bleh brikan info tntg nie

  8. 13 EIRA May 3, 2009 at 7:02 am

    Assalamualaikum..
    saya adalah seorang student dan saya benar-benar berminat bergambar di hadapan lensa kamera.
    sekiranya pihak PTS memerlukan saya sbg penghias novel anda, silalah hubungi saya. insyaallah saya akan memberikan kerjasama dan foto yg terbaik.

  9. 15 tad May 27, 2009 at 5:08 pm

    kalau ada job model bertudung, contact la aku. boleh la jugak buat habis masa lapang & belajar perkara baru. tapi aku amatur jer. tak penah jadi model sebelum nie. muka ok la… kalau dah dimekap cOnfirm lawa!

  10. 16 soraya May 29, 2009 at 7:20 am

    dr usia remaja dan awal 20an, saya banyak kali ditawarkan jadi model bertudung oleh banyak pihak, samada syarikat besar, kecil atau persendirian. ada yg beria2 suruh sy bertanding dlm pertandingan2 kecantikan di malaysia (tanpa perlu sebut rancangan tu), tapi saya tolak. sekarang sy sudah usia lewat 20an, masih juga ada yg sibuk mencadangkan itu ini. tp saya tetap tak mau. alasannya? kalau sudah memilih untuk bertudung, itu beerti kita sudah memilih untuk menutup aurat dan live a modest life. islam menyuruhwanita menutup aurat kerana islam mahu memartabatkan wanita yg sejak beribu2 tahun hanya dilihat sbg objek, bukan sebagai orang (klu kamu paham maksud saya). buktinya, kehebatan seseorang lelaki itu dinilai bukan pada rupanya, tapi pada kebijaksanaannya, kejayaannya. tp perempuan? kalau rupa parasnya tidak dinilai, dia tidak punya nilai apa2. jadi islam mahu wanita kita tidak diobjekkan. islam mahu wanita setaraf dengan lelaki. jadi kenapa bila sudah memilih untuk menjalani hidup bermaruah iaitu dengan menutup aurat, kita mahu pula menunjuk pada khalayak untuk menatap kecantikan dan paras rupa kita agar paras wajah dan rupa badan serta kecantikan kulit, mata bibir hidung jari ketinggian saiz badan dan sebagainya dapat dipuji dan dinikmati serta mungkin digilai orang ramai? apa faedahnya memilih untuk bertudung jika niat hidup kita untuk dipuji dan dinilai paras rupa kita, sama seperti wanita yang memilih untuk tidak menutup aurat? saudari2 bertudungku sekelian, percayalah, sangat ramai wanita2 yang sangat2 cantik bak bidadari di tanah arab, ada yang bahkan bermata hijau, hidung mancung, kulit putih mulus, segalanya teramatlah sempurna, tapi mereka memilih untuk tidak menjajakan rupa paras mereka. kalaulah kita secantik mereka, apakah kita mampu untuk menjadi se’humble’ itu? jika mereka yang secantik itu pun boleh memilih untuk tidak menjadi objek kenikmatan mata mata lelaki, mengapa tidak kita? fikir2 kan lah… dunia ini sementara. disyurga nanti, selama2lamanya dan kita tidak perlu lagi menutup aurat atau menahan apa2.. kita akan jadi sangat cantik disyurga dan semua akan memuji kita buat selama2lamanya. tapi sebelum itu, kita haruslah menjaga maruah dan martabat kita di dunia ini sebagai mutiara terpelihara. fikir2 kan lah wahai wanita2…kecantikan rupa paras mu adalah hak suami mu yg bertungkus lumus menjaga dan mencintaimu, bukan hak lelaki2 yg tiada kena-mengena denganmu…

  11. 18 Faizal February 3, 2010 at 2:30 am

    Salam.

    Tahniah diucapkan kepada puan yang masih mempertahankan maruah dan kecantikan wanita yang sepatutnya hanya kepada suami puan.

    Faizal

  12. 19 Nia arisha March 4, 2010 at 3:45 am

    Salam,

    Hye ! Saya Nia berusia 24tahun bertudung dari Kl, penah menceburi bidang peragaan untuk busana pada 2005,model outdoor. kini masih mencari partime untuk ketengahkan bakat yang ada, dan berharap diberi peluang.Sekiranya pihak PTS berminat untuk saya ketengahkan bakat yang ada,saya sedia berkerjasama dengan pihak PTS


Leave a reply to asya_sodalycious Cancel reply