Archive for August, 2008

Novel Cinta Seusia Dunia


Ini ialah contoh rekabentuk novel cinta yang bakal diterbitkan oleh PTS. Memandangkan PTSgrafik dikehendaki menghasilkan sentuhan kuasa cinta pada ‘cover’ novel-novel ini, maka PTSgrafik mengambil inisiatif untuk mencari ‘feel’ cinta itu sendiri bagi diadaptasikan pada hasil kerja yang dikehendaki.

Antara inisiatif itu ialah terpaksa mengenang semula cinta-cinta semasa zaman cinta monyet,cinta ’suka-suki’, cinta muda-mudi sehinggalah ke cinta abadi(cewah!) Selain itu, Hisham pula yang berasa rendah diri dengan kisah cintanya yang tidak sehebat kisah cinta Bai, terpaksa mengambil alternatif membuat kajian ke atas drama-drama yang bertemakan cinta. Kajian dilakukan ke atas beberapa filem cinta agung antaranya filem melayu seperti Sembilu dan Sabarudin Tukang Kasut, filem korea seperti Winter Sonata serta tidak ketinggalan filem hindustan yg sememangnya wajib bertemakan cinta iaitu Kuch-Kuch Hota Hai dan beberapa filem lain yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dengan jayanya. Kebanyakan koleksi filem-filem yang dinyatakan adalah DVD hak milik Iwan. Zaidi pula pada awalnya sedikit berkira meminjamkan koleksi filem Shah Rukh Khan nya namun akhirnya beralah kerana bimbang dengan ugutan Hisham yang ala-ala Om Puri.

Bagi memantapkan lagi ‘feel’ cinta itu, PTSGrafik juga giat mendengar lagu-lagu cinta ‘evergreen’ seperti lagu Nak Dara Rindu dan Tanya Sama Pokok dari zaman Allayarham P.Ramlee, lagu Kerana Kau dari zaman Alleycats, lagu Munajat Cinta dari kumpulan The Rock (kira muzik kumpulan ni pilihan masa kinilah) serta beberapa lagu ‘masyuk’ yang lain. Oleh itu, anda jangan berasa pelik apabila terdengar ayat-ayat cinta puitis mahupun lagu-lagu meruntun jiwa di bilik PTSgrafik kerana PTSgrafik sememangnya dalam mood bercinta bagi mencari kelainan dan menjayakan penghasilan karya ‘cover’ buku yang terbaik. Rasakan penangan cinta PTSgrafik melalui hasil karya ‘cover’terbitan PTS!

Oleh: Shiela (Uitm Practical Student)

Majlis Perkahwinan Arief & Hanim

Tukang Tembak & Tukang Edit: Saudara Zaidi

Novel Leftenan Adnan

Novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib sedang dalam proses terakhir untuk diterbitkan. Unit editorial memaklumkan bahawa kandungan novel ini sudah bersedia untuk percetakan walaupun hari ini Unit Grafik masih sedang berusaha untuk mendapatkan sedikit lagi bahan untuk kulit novel ini. Sebesar mana cabaran yang dilalui oleh unit Grafik, ianya masih dianggap sekecil hama jika dibandingkan dengan cabaran serta pahit getir pejuang-pejuang ini mempertahankan tanah air tercinta.

Menurut Hisham, ‘Saya cuba untuk memberi satu perasaan kepada sesiapa yang memandang wajah kulit novel ini.’

Unit Grafik sedang membuat sedikit kajian di Muzium Tentera Darat, Port Dickson di mana di situ banyak terdapat gambaran tentang perjuangan pahlawan-pahlawan negara ini demi memastikan setiap dari kita boleh hidup dengan selesa, selamat dan aman.

Kita berasa sangat sakit semasa luka terjatuh dari motor, tetapi percayalah bahawa sakit lagi kalau badan ini ditembusi peluru dan banet. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para Syuhada.

Contoh kulit novel Leftenan Adnan

Akulah Penulis Misteri Itu…(bai)

Maaf kepada mereka yang tertanya-tanya siapa penulis blog yg bertajuk “Baru Belajar Menulis Blog”. Seperti tajuk yang tertera itu maka benarlah sesungguhnya aku masih terlalu naif tentang undang-undang menulis blog. Aku boleh diibaratkan seperti makhluk asing dari planet yang asing dan tersesat di muka bumi ini, kemudian keliru dan tertanya-tanya…

dari bai

Baru belajar tulis BLOG

Atas sedikit kesedaran yang hampir pupus dalam diri aku yang selama ini dibelenggu oleh perasaan “ah! Malaslah..” aku cuba untuk belajar menulis atau belajar meluahkan perasaan dengan menulis BLOG!…

Aku bukanlah seorang penulis yang pintar, atau seorang pemikir yang kritis, jauh sekali melahirkan kata-kata yang puitis. Aku cuma seorang yang biasa. Biasa-biasa aje. Ingin menulis apa yang harus aku tulis, selebihnya hanya tuhan yang tentukan.

Jadi aku ucapkan selamat datang untuk diri sendiri…

Tim Grafik PTS Berpecah??!!

31 Julai 2008- Ahli tim Pts Grafik masing-masing membawa haluan sendiri setelah pihak pengurusan meletakkan format baru untuk aktiviti dalaman Pts sekaligus menyebabkan PTS Grafik gagal mengekalkan kejuaraan dalam arena sukan boling. Bermula pada hari ini, mereka akan mewakili tim masing-masing dalam Pertandingan Boling Piala PTS; kumpulan CAKCIBO (Hisham), kumpulan WIN-WIN (Izwan), kumpulan C-G (Aswadi aka Rambai) dan kumpulan BOOM! (Zaidi). Mereka sempat mengambil gambar kenangan bersama Piala Pusingan Boling PTS yang pernah mereka menangi untuk dijadikan kenang-kenangan.

Graphic Studio Diserbu Peminat

Ulu Kelang, Rabu, 6 Ogos 2008. Hari ini PTS Graphic diserbu segerombolan pelajar-pelajar dan 2 guru dari Sekolah Menengah Agama Kuala Pilah. Kedatangan mereka ke sini kerana ingin mengetahui cara-cara penerbitan sesebuah buku dihasilkan. Taklimat awal diberikan oleh En. iwan dan demontrasi membuat cover oleh En. Bai. Remaja-remaja ini amat taksub melihat kehebatan kami. Antara soalan-soalan lazim yang ditanya ialah,

Macam mana mula-mula nak buat ni bang?

Nak beli Photoshop ni kat mana?

Abang ni hensem, dah kawin ke?

Abang nak no. tel boleh?

Inilah soalan-soalan yang sempat ditanya kepada kami. Kepada adik-adik abang ucapkan terima kasih dan selamat belajar.

Ikuti gambar-gambar kami bersama mereka.

En.Iwan yang depan sekali dan En.Bai dibelakang sekali

En.Iwan yang depan sekali dan En.Bai dibelakang sekali.

Kelihatan peminat-peminat berasak-asak untuk mengambil gambar En. Iwan dan En. Bai

Kelihatan peminat-peminat berasak-asak untuk mengambil gambar En. Iwan dan En. Bai

Yang ini pun mereka juga.

Yang ini pun mereka juga.

P/S: En Sham dan En. Zaidi tiada pada waktu itu, mereka ada tugasan diluar

(Kesian mereka) hahaha.