Wabak DSLR terus Menular

PTS Wangsa Melawati – Wabak DSLR atau Digital Single Len Reflex iaitu sejenis kegilaan memiliki kamera digital untuk profesional terus menular di kalangan staff PTS. Wabak yang dipercayai di bawa oleh Hisham dikesan telah menjangkiti Shaza dari HR Dept. dan Zain dari Sales. Shaza dan Zain dilihat dengan angkuhnya beraksi mengambil gambar menggunakan Nikon D40 mereka pada majlis pemilihan AJK Kelab sukan PTS beberapa bulan lalu.

Tidak cukup dengan itu, wabak itu terus mengganas dan menjangkiti pengurus PTS Professional iaitu En. Nazrul atau lebih dekat di hati dengan panggilan Abe (slang kelantan). Abe yang telah meminta pendapat Hisham semasa sedang diracun oleh cina kedai kamera telah menyambar Nikon D40x yang lebih hebat dari kamera Shaza dan Zain. Patutla Shaza dan Zain dah tak berani lagi bawak D40 diaorang ke PTS Wangsa Melawati. Haa.. baru depa tau..!

Terbaru… Qalif atau Khalif, anak bongsu pengerusi kumpulan PTS telah datang ke pejabat Wangsa Melawati dengan membawa sekotak DSLR Canon 400D, 10 Megapixel… Perghh… sekali gus mengalahkan DSLR milik Hisham, Shaza, Zain dan Abe. Hebat.. hebat… Bagaimanapun menurut Qalif, puas jugak la nak meyakinkan isteri beliau bahawa pembelian kamera ni sesuatu yang tak ternilai kebaikkannya. ‘Tak pe Khalif, aku pun macam tu jugak dulu’ kata Hisham.

3 Responses to “Wabak DSLR terus Menular”


  1. 1 iwan August 1, 2007 at 2:01 am

    Aku pasti akan sambar jugak nanti.. tunggu laa.. kah..kah..

  2. 2 hasnuddin September 27, 2008 at 4:22 pm

    Selain dari skill mengambil gambar, jurugambar juga kena ada skill untuk convince bini masing-masing bila nak beli equipment baru yang mahal…🙂

  3. 3 ptsgraphic September 30, 2008 at 3:43 am

    Biasalah tu bang. Beli barang RM2000. Tapi kata kat bini RM200 je. Pengajaran: Jangan kawen dengan gadis yang sama-sama minat. Susah korang nanti. Huarghhh… huarghhh…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s





%d bloggers like this: