BMW Shorties Tayangan filem pendek di UIAM

screnn1.jpg

malissa.jpg

Hari jumaat 27 julai yg lalu aku telah menghadirkan diri bersama teman untuk menonton tayangan perdana filim-filem pendek arahan pengarah-pengarah freelance atau dalam bahasa yang lebih mudah underground director yg ditaja oleh BMW (m) Sdn. Bhd. Sebanyak 10 filem akan ditayangkan. Pukul 7 malam aku sudah berada diperkarangan dewan auditorium. Aku melihat sekeliling dan terus menuju ke arah kaunter yg menempatkan empat lima orang gadis-gadis muda yg memerhatikan aku. Mungkin mereka tertanya-tanya siapakah aku. Sesampai aku disitu salah seorang dari mereka bertanya.

“Abang datang nak tengok wayang ke?”

“A’ah.. nak tengok wayang, masuk free je kan?” ujar aku kembali.

“Ye, free je.. tapi wayang start pukul 8.”

“Takpe la saya nak masuk dulu, nak rehat”

“ok,”balas gadis itu sambil menguntumkan tersenyuman yang manis.

Kemudian aku ternampak 2 buah meja yang menempatkan popcorn dan air coke cola.. lantas aku tanpa segan terus menuju kearah meja tersebut dan mengambil 2 bungkus popcorn dan 2 cawan coke.. aku dah tau benda-benda ni semua free.. Matjan dah cite semalam..

Gadis tadi terus membawa aku masuk dan membenarkan aku duduk dimana-mana yg aku suka. aku memilih ruang tengah yg paling selesa untuk menonton. Hampir pukul 8 malam. auditorium hampir penuh, saat yg aku nantikan berlaku. Screen putih mula bergerak. Filem pendek arahan Malissa Saila pun ditayangkan yg bertajuk “kongsi dalam gelap”. Filem ni agak menarik, seterusnya filem dalam bahasa mandarin yg bertajuk alone.. Yang ketiga filem tamil yg bertajuk singgam.. Aku memerhatikan sekeliling, wow dewan ni dah penuh.. tiba-tiba telinga aku ditarik.. Cis Mat Jan rupanya.. aku memerhatikan MatJan melangkah kearah barisan hadapan. Dia bersama Cikgu(awek matjan) dan seorg lelaki. Aku agak itu la Tok Rimau, Kawan Blog Matjan dan juga pengarah filem Kiri.

Selepas tamat filem singgam ditayangkan. aku terpaksa meninggalkan auditorium kerana kesiankan teman aku, dia rabun dan terlupa untuk membawa kaca mata, soo malam itu aku menjadi penterjemah untuk filem bahasa cina dan tamil kepadanya kerana dia tak nampak subtitle dibawah. Aku hanya sempat tengok 3 filem je.

Kesimpulannya pada malam itu cukup menaikan semanggat aku untuk bersama-sama dengan kawan-kawan unit graphic untuk menerbitkan sebuah filem pendek. Masuk pertandingan macam ni kalau menang RM50.000 ribu beb.. banyak tu.. jadi harap-harap ptsgraphic dapat memiliki sebuah Digital Video tak lama lagi.. tak sabar nak buat filem..🙂 Sham, Wanzu rugi hangpa tak ikut!! hahaha.. Chow!!!!

Izwan   >:D<

Gambar copyright dari aliman.wordpress.com

0 Responses to “BMW Shorties Tayangan filem pendek di UIAM”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s





%d bloggers like this: