Archive for April, 2008

ZaiDesign bertekad akhiri Zaman Bujang

Wangsa MelawatiZaidesign atau nama sebenarnya Zaidi telah membuat pengakuan terbuka yang mana beliau telah bertekad untuk mengakhiri zaman bujangnya tidak lama lagi. Designer PTS yang wajahnya iras-iras wajah Prof. Kamil penulis buku Travelog Haji itu sungguh ghairah tatkala mengedarkan kad jemputan perkahwinannya kepada staff PTS.

Apabila ditanya tentang keputusannya itu Zaidi menjawab, “Den tak kiro, apo nak jadi… jadilah… Lamo dah den nunggu. Ni maso tongah laku ni, baik den kawen.” Jawab Zaidi dalam loghat Negeri Sembilan walaupun dia sebenarnya orang Kelate.

Apa pun, kami dari unit Grafik mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Zaidi dan semoga beliau akan bahagia sehingga keakhir hayat.

Rest in Peace

Muhammad Salman Nasaruddin. Orangnya bertubuh kecil, petah berkata-kata, amat meminati photograpy. Tinggal di Petaling Jaya, namun memiliki rumah rehat di Janda Baik dan di sana juga la kami berkenalan. Aku sering bersiar-siar sambil bercerita dengannya menaiki motor keliling kampung.

“Iwan, bulan 9 ni Hishammudin Rais setuju nak letak artwork aku kat galeri dia.” katanya sambil memandang aku.

“Pergh!!! ok nanti aku datang tengok, atas Bau-Bau Cafe tu kan?” Tanya aku kembali.

“A’ah.. Cafe tu dia la yang punya”

Ooo.. Baru aku tau yang cafe tu Hishammuddin Rais yang punya.. Awal bulan 9 2007 aku kurang berjumpa dengan Salman. Satu malam aku ke CM lalu aku pun telefon Salman..

“Hello, Man aku kat CM ni. aku nak tengok show ko.”

“Ala wan.. Sorry la my father tak sihat balik la.. soo aku kena jaga dia.”

“Ye ke man.. Tak pe la.. ko jaga la ayah ko dulu.. senang-senang nanti kita kuar.”

Last sekali aku call dia dalam bulan 10 aku ajak g lepak2 minum. aku ingat dia kat Janda Baik. Rupa2nya dia kat PJ. Salman ajak aku tido rumah dia. tapi aku malas pulak, segan pun ada. Tak lama lepas tu aku dapat berita Dato’ dah tak ada. Aku nak call Salman tapi aku tak sampai hati, aku takut dia sedih. Soo aku biarkan masa berlalu..

Masa berlalu, kami masing2 sibuk, bila negara kecoh nak mengundi bulan 3 baru2 ni. Aku dengar Salman sibuk sebab dia kena cover photograpy untuk Dato’ Sri Anwar. Tak lama lepas tu aku dikejutkan dengan berita kemalangan yang meragut nyawa Salman, langar lari. Yang Salman tinggalkan hanya artworknya di Andak’s Cafe dan aku akan simpan artwork tu selama-lamanya..

REHATLAH KAWANKU…
SALMAN 1984-2008

Bowling PTS Mac 2008

Pada bulan Mac (3) yang lalu, kelab rekriasi dan sukan PTS sekali lagi telah mengadakan perlawanan Bowling antara jabatan di Ampang Super Bowl, Ampang Point. Sebanyak 10 pasukan mengambil bahagian termasuklah kami PTS Graphic dengan menggunakan nama kumpulan KJ. Bukan KJ menantu PM tau tp Kami Juara sempena kejuaraan kami pada pertandingan yang lepas.

Malam itu agak hangat dengan semua pasukan ingin mengalahkan Team KJ, ada yang beli bola baru, ada yang bawa anak bini untuk menjadi perangsang dan pelbagai ragam dapat dilihat. seperti biasa Team KJ bermula dengan baik, setiap balingan adalah STRIKE!!! ini membuatkan pasukan lawan agak
panik dan berlari-lari ke tandas.

Setelah bermain 3 pusingan berakhir, Tam KJ disahkan juara sekali lagi. Hahaha.. semua pasukan lawan mengambil peluang untuk mengejek kami. Tapi sudah adat pertandingan yang menang dapat hadiah yang kalah padan muka. Jadi kepada semua kita jumpa lagi pada bulan Jun yang akan datang.

See Ya..

By Izwan

Team KJ (Graphic)
• Sham Backham
• Iwan Tores
• Zaidi Zedain
• Rambaidhino

Art Tour • Super Fiction Japan Faundation

Date: 11 Mac 2008

Time: 8.00 pm

Venue: Japan Faundation, Level 30, Menara CitiBank, Jln Ampang, KL

Project By: Roslisham Ismail aka ISE

Aku melangkah memasuki bangunan Menara Citibank dan mencari-cari Lif untuk ke tingkat 30, Kelihatan dari jauh ada mamat seiras rakyat jepun sedang mengalu-alukan kedatangan tetamu.. aku terus menuju ke situ.. setelah aku tulis serba sedikit maklumat tentang diri di tempat pendaftaran, lelaki itu mempersilakan aku masuk ke perut lif , bersama aku ialah Mat Jan @ MJ dan Vovin. Sebenarnya vovin yg pelawa aku dan aku pulak pelawa MJ.

Ting!!! Lif terbuka kami teruskan perjalanan masuk ke suite tersebut.. Hmm.. ramai jugak manusia mlm ni.. Sebenarnya pemeran mlm ni mempersembahkan karya2 ISE tentang budaya dan pengalaman beliau di Jepun.. Aku sempat merakamkan beberapa keping gambar pada malam itu. Enjoy.. Thx to All..

By: Izwan

PTSGraphic bersama Geng PhotoMalaysia.com di Melaka

SABTU, 29 Mac 2008 – PTSGraphic Team yang diwakili oleh Bai dan Hisham bersama beberapa orang Geng Forum PhotoMalaysia.com telah berjaya menyempurnakan hasrat hati untuk merakamkan foto keunikan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah. Kumpulan ini menjelajah Sungai Melaka dengan menaiki bot tambang merakamkan keindahan dan keunikan yang terdapat di sepanjang Sungai Melaka hingga ke Kampung Melayu Morten iaitu sebuah kampung Melayu Tradisional Melaka. Tidak kurang hebat juga pemadangan di sekitar Jalan Hang Lekir, Jalan Hang Jebat dan Jalan Tukang Besi.

Pada mulanya Bai dan Hisham begitu ghairah mengambil gambar. Tetapi keghairahan itu bertukar menjadi malu-malu tiang apabila Geng PhotoMalaysia.com yang baru tiba lengkap dengan membawa set kamera yang lebih hebat dari mereka. Sangkaan mereka set kamera DSLR yang mereka bawa berharga RM6000 lebih itu adalah yang terbaik telah meleset sama sekali apabila terlihat rakan-rakan dari PhotoMalaysia.com memikul DSLR Nikon D3 bersama Lens 70-200mm 2.8 yang dianggarkan bernilai RM20,000. Mereka terpaksa berjalan agak jauh sedikit supaya tidak dilihat kerdil.

PTSGraphic & PTSdotTV Dapat Tempat Baru

Bukan hanya mendapat ahli baru, malah unit Grafik kini sudah berpindah ke tempat baru. Disebabkan tidak dapat mengelak dari proses pembesaran, PTS terpaksa membuat perubahan untuk menempatkan beberapa unit ke sebuah lagi pejabat yang disewa di tingkat atas. Dan ini melibatkan unit Grafik dan PTSdotTV. Pejabat baru ini dilengkapi sebuah studio untuk sesi ‘photoshoot’ dan juga studio untuk rakaman video. Studio ini dilengkapi dengan beberapa peralatan lampu dan latarbelakang yang boleh diubah suai. Beberapa penggambaran penting telah berlaku di studio ini. Di antaranya ialah, wawancara bersama penulis-penulis PTS, Resisi Selamat Pagi Malaysia bersama Tuan Syed Munawar, Short Movie ‘Opera Angkasa dan Dunia Ini Sederhana Kecil dan beberapa lagi. Terlalu banyak untuk dinyatakan di sini.

“Walaupun agak terasing, tapi kami bahagia” jelas saudara Iwan bila ditanya tentang tempat baru unit Grafik. Menurut saudara Hisham pula… “Mungkin ini cara halus untuk menjauhkan kami dari rakan-rakan lain kerana kami ni selalu buat bising. Maklumlah… namanya pun studio rakaman.” Sambung beliau sambil melemparkan pandangan jauh melalui tingkap kaca bilik Grafik. Di luar sana ada sebuah sumber mata air yang jernih, membentuk telaga kecil namun cukup dalam, dengan ikan-ikan kecil dan kerikil-kerikil berwarna putih dan merah. Oh… sungguh tenang sekali pemandangan itu…. Err… maaf, itu sedutan dari novel Syahadat Cinta yang diterbitkan oleh PTS Litera.

Saudara Rambai dan Zaidi pula sedang sibuk menghias bilik Grafik yang baru ini dengan harapan dapat membeli jiwa Bosnya.

PTS Graphic Terima Ahli Baru

Sudah hampir setengah tahun ptsgraphic tidak mengupdate blog. Selama itu juga telah banyak perkembangan dan peristiwa-peristiwa penting telah berlaku di unit Grafik mahupun PTS sendiri. Kisah sedih dan gembira dalam melayari kehidupan. Tentang manusia dan persekitaran. Ahh.. sungguh hebat gaya penulisan ini.

Tapi mari kita mulakan dengan kisah tentang kehadiran 2 orang ahli baru dalam unit Grafik. Mereka ialah saudara Zaidi dan saudara Aswadi a.k.a. Rambai @ Bai. Zaidi seorang lelaki yang pada mulanya nampak macam kudus tetapi sebenarnya tidak. Beliau sebelum ini bekerja di Hijjaz Record sebagai pereka grafik untuk kulit album. Sementara Bai pula pernah bekerja dengan beberapa syarikat penerbitan yang terkenal seperti Penerbitan Pelangi, Cerdik Publications dan Arus Intelek, walaupun beliau sendiri tiada siapa yang kenal sangat. Proses pengambilan mereka untuk menyertai PTSGraphic bukanlah semudah yang disangka. Sebelum ini ramai yang mencuba tetapi tidak berjaya. Kejayaan mereka ini mungkin disebabkan kesanggupan mereka membuat air 3 in 1 untuk orang-orang lama di sini. Tahniah.

Semoga kehadiran mereka di sini akan dapat melahirkan idea-idea yang lebih kreatif dan canggih dalam penghasilan kulit buku PTS di samping dapat memberi peluang kepada bos grafik untuk rileks dengan lebih aman.


  • Zaidi sedang berlakon menjadi rajin sementara Bai sedang berlakon jadi penat lepas buat kerja.