PTSGraphic bersama Geng PhotoMalaysia.com di Melaka

SABTU, 29 Mac 2008 – PTSGraphic Team yang diwakili oleh Bai dan Hisham bersama beberapa orang Geng Forum PhotoMalaysia.com telah berjaya menyempurnakan hasrat hati untuk merakamkan foto keunikan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah. Kumpulan ini menjelajah Sungai Melaka dengan menaiki bot tambang merakamkan keindahan dan keunikan yang terdapat di sepanjang Sungai Melaka hingga ke Kampung Melayu Morten iaitu sebuah kampung Melayu Tradisional Melaka. Tidak kurang hebat juga pemadangan di sekitar Jalan Hang Lekir, Jalan Hang Jebat dan Jalan Tukang Besi.

Pada mulanya Bai dan Hisham begitu ghairah mengambil gambar. Tetapi keghairahan itu bertukar menjadi malu-malu tiang apabila Geng PhotoMalaysia.com yang baru tiba lengkap dengan membawa set kamera yang lebih hebat dari mereka. Sangkaan mereka set kamera DSLR yang mereka bawa berharga RM6000 lebih itu adalah yang terbaik telah meleset sama sekali apabila terlihat rakan-rakan dari PhotoMalaysia.com memikul DSLR Nikon D3 bersama Lens 70-200mm 2.8 yang dianggarkan bernilai RM20,000. Mereka terpaksa berjalan agak jauh sedikit supaya tidak dilihat kerdil.

2 Responses to “PTSGraphic bersama Geng PhotoMalaysia.com di Melaka”


  1. 1 hasnuddin September 27, 2008 at 4:07 pm

    Jangan risau kawan, “it’s not the camera, it’s the man behind the camera”. Kalau compare gambar mamat/minah yang pakai D3 tu dengan gambar korang, belum tentu gambar dari kamera D3 tu lagi cantik kan?

  2. 2 ptsgraphic September 30, 2008 at 3:37 am

    Betul tu… Tepat sekali. Kalau pro dah cakap macam tu, lagilah kembang hidung kitaorang.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s





%d bloggers like this: