Yang Mana Satu

Salam Semua,

Semoga anda semua sedang berseronok-seronok melakukan tugas seharian.

Unit Grafik sedang membuat sedikit kajian mengenai konsep kulit buku novel PTS. Berikut ialah 8 contoh design kulit buku Novel yang menggunakan imej wanita bertudung yang dibuat oleh beberapa designer termasuk designer luar. Walaupun ada yang tidak suka imej manusia pada novel, tetapi mungkin salah satu dari 8 berikut menarik minat kita.

Boleh pilih satu, dua atau suka semua atau tidak suka semua. Sebagai contoh ‘Saya pilih 1, 2 dan 6’ Dan berikan sedikit komen dan pandangan………

Sebagai panduan, konsep kulit novel-novel ini mengandungi:
• Karaktor utama
• Karaktor utama dan kedua
• Semua karaktor penting dan latarbelakang tempat
• Tak ada kena-mengena. Hanya hiasan sahaja

Kami juga berharap agar dapat difowardkan kepada rakan-rakan kita di luar sana terutama yang minat dan selalu membeli novel.

Terima Kasih.

14 Responses to “Yang Mana Satu”


  1. 1 Gaban May 27, 2008 at 6:01 am

    Semuanya tak bes. hehehe

  2. 2 Zamri Mohamad May 27, 2008 at 6:05 am

    Pilihan 3,4,5

    3

    Ada elemen kematangan dari wajah di kulit buku, ditambah lagi dengan warna yang menambah unsur nostalgik dalam cerita. Mungkin ya mungkin tidak.

    4

    Unsur konflik dan pilihan dapat dirasai antara tiga watak

    5

    Dengan sub Dia Hadir Sewaktu Cinta Mekar, ditambah dengan ada hanya satu watak pada kulit. Maka timbul soalan, siapakah dia, kenapa dia dan macam-macam mengenai dia, maka novel ini menjawab persoalan ini…

    Pandangan saya tidak wajib betul.

    Terima Kasih

  3. 3 ibnuariff May 27, 2008 at 6:47 am

    Suka no. 4! Pose & riak wajah yang paling Islamik saya kira. Ada feel movie bestseller juga.

    Komen Lain:

    no. 3 – Sekali pandang seperti menggambarkan kematangan tapi bila close up lirikan mata tu macam menggoda sangat. Dan entah kenapa, memberi kesan seolah-olah watak cover itu bukannya pemakai tudung yang regular.

    no. 5, 7, 8 – Kenapa rasa macam cliche’ jek?

    Antara no. 1 & no. 2 – Saya pilih no. 1 walau pose sedikit kurang kena tetapi lebih baik berbanding no. 2. Pemilihan warna pun lebih baik. Ada spot lighting pada no.2 yang over expose bahagian dada.

    no. 6 – Sesuai kalau cerita lebih banyak babak gembira berbanding air mata.

    p/s: Jaga lirikan mata dan pose model.

  4. 4 gurlnextdoor May 27, 2008 at 8:17 am

    saya pilih 1,3,7 comment n pandangan???

  5. 5 balqis nur May 27, 2008 at 12:38 pm

    no 2 n0 8

    so simple…

  6. 6 jOnOs May 28, 2008 at 4:47 am

    Suatu rekaan baru yang sedang diterokai dengan konsep Islamik. Tahniah! Ia menarik.

    Mungkin boleh cuba pula arah kamera dari gambaran atas, bawah, sisi dan pencahayaan. Imej mewakili maksud. Sama seperti ‘angle’ kamera. Tapi bergantung kepada cerita yang terkandung dalam novel. Mungkin ia sesuai, mungkin tidak.

    Kulit novel berperanan seperti poster wayang. Boleh juga kita katakan ia sinopsis bergambar.

    Rekaan no 6 dan 7 telus komunikasi imej kepada kita yang memandangnya kerana mata model melihat arah kamera.

    Rekaan no 3, 4 dan 8 adalah yang menarik bagi saya.

    Tabik!
    jOnOs

  7. 7 borhan S May 28, 2008 at 5:34 am

    semuanya x best,komposisi lemah,tiada imbangan,agaknya pihak PTS kena tukar grafik designer baru,your sense of art is so very the lemah

  8. 8 Azila May 28, 2008 at 11:16 am

    Menarik juga, macamana kalau cuba tiru sikit gaya kulit buku ini, nampak cantik juga.Saya tidak boleh ‘paste’ gambarnya.Sila pergi ke laman ini :http://www.simonsays.com/content/book.cfm?tab=2&pid=514124
    untuk lihat sendiri.
    Tajuk buku : A Bed Of Red Flowers : In Search of My Afghanistan
    Pengarang : Nelofer Pazira

    Sekian.

  9. 9 Amiene Rev May 28, 2008 at 2:13 pm

    3,4,5,6,7 dan 8 menarik.

    Konsep nombor 7 mengingatkan saya kepada Ayat-ayat Cinta. Desain ini memiliki aura untuk laris.

    Desain no.4 paling saya suka.

    Desain no. 8 kelihatan ceria.

    Desain no. 3 menyampaikan mesej, saya yakin.

    Desain no.5 menampakkan mesej simpati atau seolah-olah berkata, inilah kisahku.

    Dan, maafkan saya En. Borhan S, saya tidak bersetuju dengan anda. Kenapa hendak tukar designer pula. Cuba lihat bagaimana mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pandangan daripada umum mengenai kemampuan hasil-hasil grafik mereka.

    Teruskan mengkaji, dan teruskan mendapatkan maklum balas daripada umum. Orang yang suka mendapatkan pandangan orang lain mengenai hasil tugasannya adalah orang yang berusaha untuk maju ke hadapan dan mengambil berat kebajikan dan kehendak masyarakat.

    Kami akan sentiasa menyokong usaha anda, pasukan grafik PTS!

  10. 10 Amiene R.ev May 29, 2008 at 3:09 am

    Yang saya SUKA: 3,4,5,6,7 dan 8

    Sebab-sebab SUKA:

    4 – Paling menarik, tetapi tidak menonjolkan mesej judul buku.

    3 – Wanita ini seolah-olah sedang mendengar seseorang memanggilnya. Mesej yang bersesuai dengan tema buku.

    5 – Gadis ini sedang bersedih. Ini mesej yang saya terima.

    6 – Model yang tersenyum menarik

    7 – Ada aura kulit buku Ayat-ayat Cinta.

    8 – Ceria! Boleh dibuat poster filem!

    Keputusan akhir – Saya pilih nombor 3 kerana saya rasa paling sesuai dengan judul buku dan menarik juga. Pilihan kedua saya adalah no.8, pilihan ketiga saya adalah no.3.

    Kalau novel ini boleh dijadikan filem, Insya-Allah, maka no. itu paling sesuai sebagai poster filem.

  11. 11 Amiene R.ev May 29, 2008 at 3:13 am

    Eh silap taip pula. Pilihan ke.3 saya no.4…

  12. 12 Amiene R.ev May 29, 2008 at 3:16 am

    RALAT:
    Pilihan pertama: No. 3
    Pilihan kedua: No. 8
    Pilihan ketiga: No. 4 (yang ini saya tersilap tekan no.3)

    -tidak perlu siarkan komen ini jika komen ralat yang sebelumnya tersiar. Ada masalah wireless di sini.

  13. 13 fadzil May 29, 2008 at 5:20 pm

    no 6. tapi kena bagi terang sikit. awek tu cun. ada no. telefon dia tak.

  14. 14 darinhaikal June 11, 2008 at 6:51 am

    susah nak pilih..xde satu yg zupp terus masuk dlm jiwa

    opinion

    no.1&2-tak sesuai dgn tajuk

    no.3-lirikan mata xsesuai..’kuseru’ sesuai dgn pandangan mata jauh ke hadapan

    no.4-mcm poster filem, juga konsep novel dulu2…

    no.5-ada unsur misteri-pembaca tertanya2

    no.6&7-juga x sesuai dgn tajuk esp riak dan raut wajah

    no.8-normal,simple dan bersahaja tp ada maksud tersirat yg sesuai dn tajuk. boleh diterima

    mgkin no 5&8 je pilihan—just my opinion =)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s





%d bloggers like this: