SEBUAH PENGAKUAN – Bagaimana PTS Grafik Menghasilkan Kulit Buku (Bahagian 1)


Macamana ek cari idea buat cover?
Best ke jadi designer cover buku ni?
Tak bosan ke buat cover buku? Benda yang sama bertahun-tahun..
Eh, cantik la cover buku ni. Mesti designer dia hensem kan. Hi..hi..hi..
Apasal burok sangat cover buku ni? Tah apa-apa.
Err.. sebulan boleh buat berapa design ek?
Sapa yang design cover buku ni? Tak lawa langsung. Dah la burok, hodoh pulak tu.

Demikianlah antara pandangan, soalan atau kenyataan yang kadangkala begitu ekstrem sekali dari orang ramai yang pertama kali menatap kulit buku PTS. Atau mungkin juga mereka saja-saja bertanya, atau sekadar ayat pertama mengeluarkan pandangan mereka.

Menghasilkan kulit buku tidak semudah yang disangka. Tetapi tidak juga sesusah yang kita fikirkan. Buat masa ini PTS mempunyai 4 orang pereka grafik aka designer. Sementara freelance designer yang konsistent ialah 2 orang. Bilangan kulit buku yang dihasilkan dalam masa sebulan termasuk kulit buku yang ditukar rekabentuknya jika mengikut purata paling sedikit ialah:

PTSOne 4 (designer freelance)
PTS Millennia 5
PTS Pro 5
PTS Islamika 3
PTS Fortuna 3
PTS Litera 2 (designer freelance & designer PTS)

Jumlah 22

Ini bermakna setiap designer harus menghasilkan paling sedikit 5 kulit buku setiap bulan. Atau 4 hari untuk setiap kulit buku. Bagaimanapun jumlah 22 judul boleh meningkat kepada 30 pada bulan-bulan tertentu.

5 saja? Tak la banyak sangat….

PTS mempunyai 4 orang designer sepenuh masa hanya pada bulan Mac 2008. Sebelum itu Unit Grafik dibantu oleh freelancer dan seorang graduan praktikal untuk menghasilkan semua kulit buku dan bahan-bahan promosi seperti bunting, banner dan poster. Tetapi kini Unit Marketing PTS telah mempunyai designer sendiri untuk bahan-bahan promosi PTS.

Perkara paling sukar dalam menghasilkan sesebuah kulit buku ialah konsep. Konsep lahir dari perbincangan bersama editor dan ada kalanya dari ketua penerbitan dan boss PTS sendiri. Setiap unit atau anak syarikat PTS sekurang-kurangnya mempunyai 4 konsep buku. Ini kerana setiap mereka mempunyai pelbagai jenis atau kategori buku seperti kanak-kanak, ibu-bapa, agama, wanita, bisnes, pendidikan, novel dan juga buku remaja. Jelaslah yang setiap designer PTS mesti memiliki ciri-ciri versetail serta boleh berfikir dan mencari idea dengan cepat. Mereka tidak boleh hanya mempunyai satu kelebihan.

Idea?

Kerja merekabentuk kulit buku bukan seperti membuat kira-kira 1 + 1 = 2. Kalau ada pertanyaan tentang masa yang diambil, terlalu subjektif untuk dijawab. Ini ialah perkara yang bukan semua orang boleh faham. Mari kita lihat prosesnya mengikut turutan.

Idea-konsep-media (photo atau ilustrasi, software)-siapkan contoh (1 atau 2)-perbincangan bersama editor(masukkan blurb, harga, tebal halaman)-sentuhan akhir-pembetulan-filem-pencetak

Jika kita lihat daripada turutan ini, perkara yang sering menjadi ketakutan ialah ketiadaan atau kehilangan Idea. Kedua ialah masalah teknikal yang boleh berlaku pada mana-mana peringkat lain. Idea menduduki tempat paling utama dalam proses menghasilkan kulit buku. Macamana hendak memulakan perjalanan kalau kita tidak tahu tujuan. Mungkin boleh, tapi kita akan berpusing sehingga 10 kilometer sedangkan jarak perjalanan kita sebenarnya hanya 500 meter. Tentulah pengalam, kemahiran dan kesabaran menjadi penyelamat. Tapi ingat, kita bukan hannya akan membuat satu perjalanan, tetapi mungkin sepuluh. Ah!… sungguh falsafah sekali.

Pereka kulit buku juga pengkarya. Menghasilkan karya seperti karya seni lain. Karya seni akan terlahir dari berbagai cara dan berbagai inspirasi. Melihat hasil kerja orang lain, menbuat rujukan, berlari, berjalan-jalan, menyanyi, bermain alat muzik, bercakap dan berbual adalah antara sumber inspirasi. Dan itu berlaku dengan sendiri. Jadi tak perlulah rasa pelik kalau mereka ini memang pelik. Mereka berkarya seperti juga seorang penulis buku berkarya.

Itu jika kita lihat secara mendalam atau peribadi. Dalam perniagaan atau penerbitan, yang penting ialah design kulit buku harus cantik dan menarik serta menepati jadual penerbitan.

Konsep Baru

Saudara Zaidi dan Saudara Rambai menyertai PTS pada bulan Febuari-Mac 2008. Waktu itu PTSGrafik sedang bersiap menghadapi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 pada bulan April. Mujurlah. Setelah berakhirnya kesibukkan pesta buku, barulah kami dapat memulakan kerja-kerja memberi konsep baru kepada buku-buku PTS terutamanya buku-buku agama dan novel. Beberapa perubahan dari segi persembahan sedang cuba dibuat. Banyak juga kerja tambahan. Tapi Alhamdulillah. Ramai juga yang suka dengan konsep baru ini. Tidak kurang pula yang memberi komen-komen barbaur tak suka. Nak buat macamana. Akhirnya kami ambil pandangan begini – buat yang terbaik – kalau kita jadi penyanyi, mesti kita ada peminat. Susah nak memuaskan semua orang.

3 Responses to “SEBUAH PENGAKUAN – Bagaimana PTS Grafik Menghasilkan Kulit Buku (Bahagian 1)”


  1. 1 aliman June 16, 2008 at 6:25 am

    Soalan (sambil mengangkat tangat),

    Apakah yang boleh dilakukan penulis sbagi membantu jurugrafik dalam menghasilkan kulit buku mereka?

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.motivasimindamu.blogspot.com

  2. 2 ptsgraphic June 16, 2008 at 10:16 am

    Oh.. banyak. Salah satunya ialah penulis tentu sudah ada bayangan tentang rupa paras kulit buku yang mereka harapkan. Boleh dapatkan contoh-contoh dah diberikan kepada Unit Grafik PTS. Kalau boleh, sekali sekala bawalah bersama hidangan BigMac.

  3. 3 as January 15, 2010 at 2:29 am

    salam…ermmm sy setuju ngan kata2 saudara ni.. sbb sy pun designer jugak…macamana yea sy nk berkongsi karya saya bersama saudara?saya agak baru dalam bidang ni.mungkin saudara boleh komen karya2 yg saya buat untuk sy mempertingkatkan lagi mutu kerja saya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s





%d bloggers like this: