Kau Yang Bernama Seri

Pagi tadi seperti biasa, atau kebiasaan orang-orang KL, kami ‘minum’ dahulu sebelum memulakan tugas. Secara kebetulan memang hanya kami berempat (unit grafik) sahaja yang berada dalam acara menarik setiap pagi waktu sebelum kerja itu. Kami ambil kesempatan itu untuk berbincang tentang hal-hal kerja kami. Dari hal-hal mencari idea-idea baru hinggalah kepada perbualan tentang tanah dan masalah perebutan tanah pusaka di antara keluarga. Tetapi maaf, bukan kisah itu yang hendak diceritakan di sini.

Sedang kami berbincang, Hisham terperasaan seorang lelaki yang dianggarkan berumur 20an sedang berkelakuan luar biasa di sisi satu meja yang terletak tidak jauh. Lelaki itu seperti sedang berbual-bual melalui telefon bimbitnya dengan tangan kanannya sekali sekala di angkat ke atas menggayakan perbualan. Yang luar biasanya ialah telefon bimbit tidak diletakkan di telinga sebaliknya hanya di bahagian leher. “Mamat tu macam tak betul je..” Hisham memberitahu semua yang berada di situ. “Mana?”  “Tu..”  “Dressing macam orang normal je..” Kata Iwan sambil melumatkan telur 3/4 suku masaknya yang telah dicampur kicap cair.

Bai yang dari tadi sedang asyik bercerita tentang guru sekolah lamanya yang sangat suka bergusti itu berpaling mencari lelaki yang dimaksudkan. Sedang Zaidi pula tidak menghiraukan apa-apa kerana sedang asyik menghirup teh aisnya. “Budak-budak ni memang tak dengar nasihat betul. Orang dah kata jangan minum ais, dia minum jugak. Ais tu racun la..” Hisham bermonolog.

Kami cuba lupakan lelaki itu buat seketika sehinggalah lelaki itu berjalan melintasi kami dan masih dengan gaya yang tadi. Lelaki itu sebenarnya bukan berbual ditelefon. Dia sedang menyanyi. Dia menyanyi lagu Kau Yang Bernama Seri. Lagu dari kumpulan Handy Black. Lagu itu memang sedap tetapi lelaki tadi menyanyikannya dengan ‘picing’ yang sangat rendah sekali. Kini segalanya sudah terjawab. Kenapa dia jadi begitu. Kami berempat bersetuju yang lelaki itu sebenarnya telah mengalami tekanan perasaan yang amat sangat dek ditinggalkan aweknya. Aweknya yang ada kena mengena dengan lagu itu. Mungkin gadis itu bernama Seri atau Sri atau juga lagu itu menjadi agu tema percintaan mereka.

“Kesian dia…” Tiba-tiba Iwan bersuara dengan nada yang pedih sambil memandang jauh ke arah daun-daun yang gugur menimpa sebuah kereta Naza Suria bernombor pendaftaran JKD_ _ _ _ seolah-olah dia dapat merasakan penderitaan lelaki tadi. Hisham memegang bahu Iwan sambil berkata “Yang sudah tu sudah la Iwan. Benda dah lama berlaku, tak usah la dikenang. Mereka semua terdiam sehinggalah syrupp…! syrupp…! syrupp…! Krup..! Krup..! Zaidi yang sudah membuang straw minumannya menghirup terus teh aisnya lalu mengunyah ketulan-ketulan ais yang belum cair.

0 Responses to “Kau Yang Bernama Seri”



  1. Leave a Comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s





%d bloggers like this: