Archive for the 'Tentang Kerja' Category

Taklimat Ilustrasi Bersama Editor PTS

Oleh: izwan

WANGSA MELAWATI: 22 Julai 2008, 4.30 petang. Semalam Unit Grafik PTS telah mengadakan satu taklimat yang bertajuk ilustrasi dan Anda kepada editor-editor PTS. Taklimat ini berlangsung selama 1 jam dan di sampaikan oleh pengurus Bahagian Grafik iaitu En. Hisham Salmin.

Taklimat ini bertujuan untuk menetapkan standard ilustrasi, sekali gus menyeragamkan harga untuk semua unit di PTS. Selain itu, En. Hisham juga menekankan cara-cara praktikal yang mudah bagi berurusan dengan pihak ilustrator. Dalam masa terdekat ini, Unit Grafik juga bercadang untuk menjemput semua ilustrator-ilustrator yang berkerjasama dengan PTS untuk berbincang dengan lebih teliti tentang masa depan dan hala tuju bidang ini. Semoga taklimat ini memberikan manfaat untuk kita bersama dan industri ini. Sekian.

Gambar sekitar taklimat oleh En. Hisham

Foto Wanita Cantik Bertudung

Tidak boleh disangkal bahawa kecantikkan imej wanita pada kulit novel menjadi faktor kepada kecantikan seluruh novel tersebut. Tetapi mendapatkan photo wanita cantik bertudung adalah antara cabaran terbesar Unit Grafik buat masa ini dalam menghasilkan kulit novel Islami. Ini adalah kerana photo sebegitu boleh didapati hanya dengan mengadakan sesi fotografi bersama model bertudung. Tetapi bukan setakat itu. Kecantikan model juga sangat memainkan peranan. PTS pernah menerima sample kulit novel yang menggunakan imej wanita Indonesia yang di ambil dari majalah mereka. Cukup cantik. Tapi bila ditukar kepada model biasa, keseluruhan kulit novel itu terus berubah. Jadi sedikit hambar. Di Malaysia, wajah-wajah wanita secantik Fasha Sandra atau Erra Fazira hanya boleh didapati dalam dunia hiburan atau agensi model dengan bayaran yang kita tak akan sanggup keluarkan hanya untuk pada sebuah novel. Lagipun, mungkin kita akan dituduh yang bukan-bukan pula.

Lain pula di Indonesia. Seorang designer dari sana pernah menyatakan bahawa mengambil imej dari mana-mana sumber dan memanipulasinya untuk dijadikan hiasan kulit buku adalah perkara lumrah mereka. Memang logik. Cuba bayangkan seorang freelance designer yang dibayar RM200-RM300 untuk satu kulit buku terpaksa mengupah model untuk imej kulit bukunya. Berapa pula bayaran yang dia mesti bayar kepada model itu dan berapa pula yang tinggal untuk dia sendiri dengan kerja-kerja tambahan fotografi. Dan bayangkanlah sebuah novel Islami dengan wajah imej wanita yang ‘dicuri’ ada pada kulit depannya. Sebab itulah selama ini Unit Grafik tidak menggunakan imej wajah wanita dalam kulit buku.

Satu lagi yang menarik di Indonesia ialah wanita cantik baka-baka artis yang disebutkan di atas sangat ramai. Lihatlah saja dalam drama-drama mereka. Kadang-kala semua pelakon wanita dalam sebuah drama mereka cantik bukan main-main. Mungkin PTS kena hantar Unit Grafik ke Indonesia demi mencari wajah wanita cantik bertudung untuk koleksi stockphoto PTS.

Atau sesiapa yang berminat dan merasa mereka sangat cantik dan sesuai untuk menjadi penghias kulit novel Islami PTS, bolehlah hubungi Unit Grafik PTS sendiri untuk sesi fotografi.


Video ketika sesi fotografi bersama model Reen dan Zuraidah di studio Grafik PTS.

Unit Grafik sertai Bengkel Hak Cipta oleh Puan Nisah Haron

“Imej yang baharu yang dimanipulasi menggunakan kaedah-kaedah tertentu dalam software sehingga imej baharu itu tidak lagi menyerupai imej yang asal masih lagi melanggar hak cipta. Analogi – Pisang yang telah jadi goreng pisang. Pisang itu ialah pisang curi. Tidak menjadikan pisang goreng itu halal dimakan.”

Itulah antara perkara penting yang dibentangkan oleh Puan Nisah Haron dalam bengkel Hak Cipta yang turut disertai oleh semua staff PTS. Bengkel yang berlangsung pada 19 Jun 2008 (semalam) banyak memberi pendedahan kepada unit Grafik tentang betapa bahayanya menggunakan gambar haram dalam penghasilan kulit buku.

“Agak sukar untuk mendapatkan imej yang cantik kalau kita tidak melakukan manipulasi seperti yang dilakukan oleh banyak designer luar, tapi itu tidak membantutkan kreativiti dan kesungguhan kami dalam menghasilkan yang terbaik. Tiru dan hasilkan sendiri gambar lebih baik dari kami curi gambar orang lain. Walaupun mungkin design kami tak dikatakan sehebat orang lain, tapi keseluruhan kulit buku kami adalah halal.” Kata Zaidi dengan bersungguh-sungguh.