photo-1.jpg
Hisham Salmin
Ketua Kampung

Salam… Aku Hisham. Kat Unit Grafik ni, aku dan Iwan yang paling senior. Tapi yang paling manis kat PTS ni… aku. Join PTS sejak ditubuhkan. Masa tu opis kitaorang kat Taman Melawati – pindah Janda Baik – pindah Bukit Tinggi – Sekarang KL. Bermula dengan 2 bijik G4 (masih berfungsi sampai sekarang… Apple la katakan) sampailah sekarang ni dah pakai Apple Intel. Unit grafik tak ramai. Cuma ada 4 orang je walaupun banyak buku yang kami keluarkan tiap-tiap bulan. Hebat la katakan. Yang penting, kreatif… bagi freelancer buat pun kira kreatif jugak.

Pengalaman: Pernah join Utusan dan Creative Enterprise sebagai Designer. Asal: Johor. Hobi: Suka belek2 kamera Nikon aku tu… Status: Bujang 3. Alamat: Lestari Putra, Sri Kembangan. Website: www.darikawan.com Prinsip: Jalan… biar ke depan, bukan ke belakang. (pinjam dari iklan) Music: Lagu yang best dan accoustic. Zodiak: Virago 535


photo-34.jpg

Nama yang berikan oleh ayah: Izwan Ariff Ibrahim
Nick Name: Iwan, art_iswork, ariff (hm.. tak penah sape-sape pun panggil nama ni)
Asal-usul: Melayu laa..
Tempat tinggal: Janda baik
No. Lesen: N 434875
Kelas: B2,D (pernah cuba disaman tp berjaya merasuah RM20.00)
Hobi: mengumpul stem dan syiling lama (hahaha ni hobi ke) melancong dan tengok wayang (barulah hobi)
Zodiak: Sagittarius
Filem: Behind enemy line, CSi
Music: The Gipsy King, Maroon5, OaG, Abiet G adi, M.Nasir, Artfadzil
Website: www.jandabaik.com, andakplace.blogspot.com

Kopratasa…

Nama aku Mohamad Aswadi Hassan dan korang boleh panggil aku Bai. Aku adalah warga baru di PTS Consultants Sdn. Bhd. Aku di pertanggungjawabkan untuk menghasilkan kulit buku untuk PTS One dan PTS Fortuna. Sebelaum wujudnya aku di PTS ini, aku telah bekerja dibeberapa  syarikat penerbitan, antaranya,Penerbitan Pelangi (1996-2000) Sasbadi (2000-2001) Cerdik (2001-2004) Arus Intelek (2004-2008).

Nama: Seperti di atas
Umur: 31 tahun
Bangsa: Jawa peranakan
Status: tiga  kekosongan
Asal: Dari satu negeri yang banyak melahirkan bintang-bintang rock tanah air.
Jawatan: Pereka Grafik
Kelulusan: Lulus ujian HIV(masa nak kawin dulu)
Hobi: menunggang kuda
Cita-cita semasa sekolah rendah: Menjadi Pereka Grafik di PTS
Mentor dlm bidang grafik: Hisham Salmin
Muzik yg digemari: Semua muzik yang di bawa oleh mereka di bawah..
Artis Pujaan: M. Nasir, Search, Ramli Sarip dan Siti Nurhaliza.
Pelakon Pujaan: Seperti di atas
Tokoh Pujaan: Seperti di atas juga
Falsafah hidup: ‘hidup tak perlu falsafah’…

Nama: Mohd Zaidi Ismail
Umur: 25 ( 2007 ), 26 ( 2008 )
Kediaman: Mutiara Damansara
Status: Sedang di Update
Jenis Darah: O
Makanan Kegemaran: Makanan Free
Minuman Kegemaran: (seperti di atas)
Muzik Kegemaran: Bunyi titis-titis hujan (tido best ni!)
Filem Kegemaran: Kodak 200
Pengalaman Manis: Sifu Hisham menawarkan jawatan Pereka Grafik di PTS
Pengalaman Pahit: Semasa menerima suntikan BCG semasa darjah 1
Artis Kegemaran: Artis Grafik
Minat: SENI Grafik, SENI Bela Diri, SENI Suara, SENI Fotografi, SENI Halus dan SENIman Bujang Lapok



%d bloggers like this: