Keputusan Pertandingan Fotografi Raya PTS

Foto ini telah dipilih untuk memenangi pertandingan Fotografi Raya PTS 2008. Tahniah! Berikut ialah komen dari juri mengenai foto ini.

“Ekspresi dan bahasa badan subjek sangat menarik, tipikal bagi seorang kanak-kanak seusia sebegini, samada singgah sebentar atau sudah lama menunggu akan membuat sesiapa yg menatap gambar ini tertanya-tanya dan itu yang membuatnya lebih istimewa… detik dan momen yang tidak mungkin berulang, walaupun framing boleh diperbaiki :)” Damak (photomalaysia.com)

Dah Masak Ke? Oleh Farah
dah-masak-ke

Penyertaan Pertandingan Fotografi PTS

Foto-foto Pertandingan Fotografi PTS anjuran Unit Grafik sudah mula diterima. Penyertaan masih lagi terbuka sehingga 30 Oktober ini. Berikut ialah di antara foto-foto yang dipertandingkan.

Pertandingan Fotografi Raya PTS

Tarikh tutup pada 30 Oktober 2008
Satu Hadiah menarik menanti pemenang

Pertandingan terbuka kepada semua staff PTS (Staff PTS sahaja) samada yang sudah konfirm atau belum dan pelajar praktikal juga digalakkan. Peserta boleh menghantar apa sahaja kategori foto seperti potret dan landskap tetapi setiap foto haruslah bercirikan Hari Raya. Foto hendaklah dalam bentuk digital atau sudah discan dan dihantar melalui email ke alamat hishamsalmin@pts.com.my

Pemenang akan diberitahu melalui email dan hadiah akan dihantar terus ke meja anda.

Blog Grafik jadi Hit kerana kad raya PTS 2007


Pada sepanjang bulan puasa lalu, blog Grafik PTS mendapat kunjungan tinggi dari orang ramai disebabkan design kad raya PTS untuk tahun 2007. Kebanyakan mereka yang mengunjungi blog Grafik adalah melalui Google Search Kad Raya. Kunjungan paling tinggi ialah pada 25 September 2008 iaitu sebanyak 598. Walaupun mungkin hanya kebetulan, tetapi kami amat berterima kasih kepada google. Selain menjadikan hit blog Grafik tinggi, link ini juga menyebabkan ramai staff PTS menjadi selebriti popular di musim raya.

Klik di sini untuk terus ke entri tersebut

Tembak-Menembak

Ketika aku sedang bersantai sambil membelek-belek kamera, tiba-tiba ada suatu bunyi dentuman singgah ke deria pendengaranku. Bunyi itu tak ubah seperti bunyi tembakan. Ya, memang bunyi tembakan! Aku terus bergegas ke tempat kejadian. Kelihatan 2 orang budak kampung sedang menembak ke arah musuh yang tidak wujud menggunakan meriam buatan sendiri. Aku terus menghalakan kamera yang hampir kehabisan bateri itu ke arah mereka. Aku pun melepaskan beberapa das ‘tembakan’ tepat ke arah mereka yang sedang asyik…

Foto & Cerita Oleh: z.a.i.d.i

Salam AidilFitri

Selamat Hari Raya AidilFitri
• Maaf Zahir dan Batin.

Dari Kami Unit Graphic PTS

Majlis Berbuka Puasa Sesama Jantan

Seminggu lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya AidilFirtri. Macam biasa Sham akan beraya di Kucing Sarawak, iwan di Janda Baik, Bai di Alor Star dan Zaidi di Kota Bharu. Dalam ramadan ini pelbagai aktiviti telah pun diadakan.

Minggu lepas unit graphic menganjurkan berbuka puasa sesama jantan di PDRM Golf Club, Titiwangsa. Tahun ini bilangan jantan bertambah lebih dua kali ganda. Tahun lepas seingat aku kami adakan di Restoran Kunang-Kunang. Hanya lima orang sahaja, dan tahun ini menjadi 12 orang. Manu malam itu agak banyak, hampir 40 jenis juadah disajikan, pendek kata Mat Jan sampai mabuk makan la. Sebelum ke PDRM Golf Club, kami sempat singgah di Taman Tasik Titiwangsa bersiar-siar sambil menikmati suasana petang yang indah.

Terima Kasih Kawan-kawan.. Jumpa Lagi… Salam…

By: Izwan

Novel Cinta Seusia Dunia


Ini ialah contoh rekabentuk novel cinta yang bakal diterbitkan oleh PTS. Memandangkan PTSgrafik dikehendaki menghasilkan sentuhan kuasa cinta pada ‘cover’ novel-novel ini, maka PTSgrafik mengambil inisiatif untuk mencari ‘feel’ cinta itu sendiri bagi diadaptasikan pada hasil kerja yang dikehendaki.

Antara inisiatif itu ialah terpaksa mengenang semula cinta-cinta semasa zaman cinta monyet,cinta ‘suka-suki’, cinta muda-mudi sehinggalah ke cinta abadi(cewah!) Selain itu, Hisham pula yang berasa rendah diri dengan kisah cintanya yang tidak sehebat kisah cinta Bai, terpaksa mengambil alternatif membuat kajian ke atas drama-drama yang bertemakan cinta. Kajian dilakukan ke atas beberapa filem cinta agung antaranya filem melayu seperti Sembilu dan Sabarudin Tukang Kasut, filem korea seperti Winter Sonata serta tidak ketinggalan filem hindustan yg sememangnya wajib bertemakan cinta iaitu Kuch-Kuch Hota Hai dan beberapa filem lain yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan dengan jayanya. Kebanyakan koleksi filem-filem yang dinyatakan adalah DVD hak milik Iwan. Zaidi pula pada awalnya sedikit berkira meminjamkan koleksi filem Shah Rukh Khan nya namun akhirnya beralah kerana bimbang dengan ugutan Hisham yang ala-ala Om Puri.

Bagi memantapkan lagi ‘feel’ cinta itu, PTSGrafik juga giat mendengar lagu-lagu cinta ‘evergreen’ seperti lagu Nak Dara Rindu dan Tanya Sama Pokok dari zaman Allayarham P.Ramlee, lagu Kerana Kau dari zaman Alleycats, lagu Munajat Cinta dari kumpulan The Rock (kira muzik kumpulan ni pilihan masa kinilah) serta beberapa lagu ‘masyuk’ yang lain. Oleh itu, anda jangan berasa pelik apabila terdengar ayat-ayat cinta puitis mahupun lagu-lagu meruntun jiwa di bilik PTSgrafik kerana PTSgrafik sememangnya dalam mood bercinta bagi mencari kelainan dan menjayakan penghasilan karya ‘cover’ buku yang terbaik. Rasakan penangan cinta PTSgrafik melalui hasil karya ‘cover’terbitan PTS!

Oleh: Shiela (Uitm Practical Student)

Majlis Perkahwinan Arief & Hanim

Tukang Tembak & Tukang Edit: Saudara Zaidi

Novel Leftenan Adnan

Novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib sedang dalam proses terakhir untuk diterbitkan. Unit editorial memaklumkan bahawa kandungan novel ini sudah bersedia untuk percetakan walaupun hari ini Unit Grafik masih sedang berusaha untuk mendapatkan sedikit lagi bahan untuk kulit novel ini. Sebesar mana cabaran yang dilalui oleh unit Grafik, ianya masih dianggap sekecil hama jika dibandingkan dengan cabaran serta pahit getir pejuang-pejuang ini mempertahankan tanah air tercinta.

Menurut Hisham, ‘Saya cuba untuk memberi satu perasaan kepada sesiapa yang memandang wajah kulit novel ini.’

Unit Grafik sedang membuat sedikit kajian di Muzium Tentera Darat, Port Dickson di mana di situ banyak terdapat gambaran tentang perjuangan pahlawan-pahlawan negara ini demi memastikan setiap dari kita boleh hidup dengan selesa, selamat dan aman.

Kita berasa sangat sakit semasa luka terjatuh dari motor, tetapi percayalah bahawa sakit lagi kalau badan ini ditembusi peluru dan banet. Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para Syuhada.

Contoh kulit novel Leftenan Adnan